Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi. Secara keseluruhannya, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 billion ringgit melalui inisiatif GKP.
OnViral kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 PEMULIH ini.
Bayaran GKP 3.0
Di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak telah pun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak 1 ribu ringgit kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat 500 ringgit lagi pada pertengahan bulan Julai nanti.
Bulan Bayaran GKP 3.0
-
- RM1,000 Jun 2021
- RM500 Julai 2021
Baca Juga: Cara Mohon Bantuan Bakul Prihatin Negara
Bayaran GKP 4.0
Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021.
Bulan Bayaran GKP 4.0:
-
- RM500 September 2021
- RM500 November 2021
Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.