Had Umur Pengeluaran KWSP Bersara Bakal Dinaikkan Ke 70 Tahun?

Had Umur Pengeluaran KWSP Bersara Bakal Dinaikkan ke 70 tahun?

Ramai yang melahirkan kebimbangan bila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) keluarkan duit pencarum, adalah petanda had persaraan dinaikkan kepada 65 sehingga 70 tahun.

Mampukah kita bekerja sehingga usia 70 tahun?

Kononnya kesannya, kuranglah peluang pekerjaan untuk graduan sebab yang tua ni belum pencen-pencen?

“Bila had umur persaraan dinaikkan bermakna peluang pekerjaan baru terhad, maka kadar pengangguran dalam kalangan graduan akan meningkat,” kata seorang pengguna.

Ada pula yang bimbang kalau KWSP menaikkan kadar caruman kerana berpendapat ia akan membebankan majikan pula.

“Kalau ikutkan bila negara makin maju,sistem kesihatan meningkat,had persaraan pun meningkat contohnya seperti Norway

“Tapi kita Malaysia ni kalau perasan dulu bersara 55, lepas tu ada yang kata kos sara hidup meningkat blabla.. duit bersara tak cukup, lepas tu terus naik 58 then 60 so standby je la,” katanya.

Gaji Basic Perlu Dinaikkan

Seorang pengguna berpendapat, gaji asas sepatutnya dinaikkan bagi meningkatkan jumlah simpanan pencarum di hari tua tambahan pula kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Gaji overall perlu ditingkatkan leads to increased in tax revenue dan higher pension nak tampung living cost. Now with the rising of BNPL, shortage raw materials ada kerungsingan juga harga barang akan terus meningkat lagi,” kata @itstheKaza.

Bagaimanapun, Macija@RosehasnizaR berpendapat menaikkan gaji akan meningkatkan pengangguran.

“Menaikkan gaji minima juga salah satunya akan meningkatkan kadar pengangguran kerana kurangnya company yang mampu mengambil lebih ramai pekerja.

“Kesan baik buruk akan sentiasa ada untuk sesuatu keputusan. Tapi kalau damage tak terlalu teruk mungkin boleh dilaksanakan,”katanya.

Baca Juga: Cara Guna i-Akaun | Semak Penyata KWSP , Daftar & Login First Time

Mahu Bersara Pada Usia 55 Tahun

Apa yang pasti, ramai yang enggan terus bekerja selepas usia mencecah 55 atau 60 tahun berikutan kebanyakannya berisiko mengalami pelbagai masalah kesihatan dan ingin menumpukan perhatian kepada ibadah.

Jadi, anda pilih bila untuk bersara? Merancang masa tua daripada sekarang amat penting kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kelak.

Baca Juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dilakukan

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress