Haiwan pun ada perasaan terhutang budi, tengoklah apa yang burung ini berikan hadiah kepada penyelamatnya

Normal bagi kita yang manusia ini bila rasa terhutang budi dah mahu membalas jasa pada orang yang tolong dalam masa kesusahan. Namun kita tak tahu bahawa bukan manusia sahaja yang mmnpunyai naluri seperti itu tapi ada juga haiwan yang mudah terhutang budi bila dibantu seperti kisah ini.

Pada tahun 2011 dahulu di negara Afrika Selatan, seorang lelaki telah menemui seekor burung hantu yang tercedara. Disebabkan rasa kasihan dan simpati dengan keadaan burung tersebut, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk bawa pulang ke rumahnya bagi merawat burung tersebut.

Sampai sahaja rumah lelaki tersebut cuba untuk merawat burung hantu tersebut agar cepat pulih dari kecederaan yang dialami. Selepas 2 bulan, hubungan mereka menjadi main akrab dan burung itu dilepaskan semula apabila sudah sihat sepenuhnya.

Tapi bagaimanapun dia dah bebas tetap juga tidak lupa akan budi baik lelaki yang menolongnya. Malah setiap hari selama 4 tahun tersebut burung itu sering membawa hadiah kepada lelaki itu sebagai tanda berterima kasih untuk membalas jasa.

Burung tersebut juga berkawan baik dengan haiwan yang diperlihara oleh lelaki tersebut seperti kucing dan burung. Antara hadiah yang sering diberi adalah anak ular dan tikus. Menariknya, burung hantu tersebut juga berkongsikan ‘hadiah’ dibawanya kepada kucing dan burung peliharaan lelaki itu.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress