Halal JAKIM : 5 SYARAT UNTUK MEMOHON SIJIL HALAL

Syarat memohon sijil halal JAKIM. Setiap dari peniaga makanan dan pemilik premis makanan di negara kita sememangnya di wajibkan untuk mempunyai sijil halal dari JAKIM

Ia adalah salah satu syarat utama untuk para peniaga dan pemilik syarikat makanan untuk memasarkan produk makanan ke seluruh Malaysia. Ini kerana, jika produk tersebut mempunyai sijil halal itu bermakna produk tersebut benar-benar bersih dan telah di sahkan selamat untuk di gunakan oleh pihak JAKIM.

Apa Syarat-Syarat Untuk Memohon Sijil Halal Jakim Malaysia??

halal jakim 1

Ini kerana, untuk memohon sijil halal bukanlah satu perkara yang mudah. Para peniaga yang mahu memohon sijil halal perlu mematuhi syarat permohonan yang sangat ketat yang telah di tetapkan oleh pihak JAKIM. Ia supaya pihak JAKIM hanya memberikan sijil halal kepada peniaga yang benar-benar layak sahaja dan premis peniaga ini akan sentiasa di pantau oleh pihak JAKIM. Antara syarat-syarat untuk memohon sijil halal ialah:

1-    Berdaftar Dengan SSM

Untuk memohon sijil halal, anda kena pastikan syarikat anda berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini kerana, syarikat yang berdaftar dengan SSM mudah untuk di buat pemantauan dan pelanggan juga mudah mencari maklumat mengenai syarikat tersebut. Ia supaya dapat mengelakkan dari syarikat tersebut menyalah gunakan sijil halal tersebut untuk tujuan lain. Bukan itu sahaja, ia menunjukkan yang syarikat tersebut benar-benar wujud dan menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

2-    Mengeluar atau Mengendali Produk Yang Halal Sahaja

Tidak semua jenis makanan boleh mendapat sijil halal. Sijil halal hanya di keluarkan untuk pengeluar atau pengendali yang mengeluarkan produk makanan yang benar-benar halal sahaja. Ia termasuklah bahan yang digunakan, dan pembekal bahan-bahan tersebut perlulah mempunyai sijil halal. Ia untuk mengelakkan dari makanan tersebut beranr-benar bersih dan tidak mengandungi bahan yang meragukan.

3-    Telahpun Mula Operasi Terlebih Awal

Untuk memohon lesen halal anda perlulah memulakan operasi produk makanan anda terlebih dahulu. Tidak bermakna anda boleh memohon sijil halal terlebih dahulu walaupun anda belum memulakan operasi. Ini kerana, pegawai JAKIM akan datang untuk membuat pemeriksaan ke premis anda terlebih dahulu. Di sini, mereka akan menyemak bahan yang anda gunakan, kebersihan premis anda dan makanan yang anda keluarkan adakah ia benar-benar halal ataupun tidak

4-    Memohon Untuk Semua Produk Yang Di Keluarkan

Kalau anda mengeluarkan pelbagai jenis produk makanan, anda tidak boleh memohon sijil halal untuk satu produk makanan sahaja. Sebaliknya, anda perlu memohon sijil halal untuk semua jenis produk halal. Malah, ia adalah salah syarat yang telah di tetapkan oleh JAKIM jika anda hendak memohon sijil halal

5-    Mengeluarkan Produk Yang Halal Sahaja

Jika anda hendak memohon sijil halal, premis anda perlu mengeluarkan produk makanan yang halal dan tidak boleh bercampur dengan makanan yang tidak halal. Ini kerana, ia mungkin bolehmneyebabkan keraguan kepada pembeli umat islam di negara kita. selain itu juga ia mungkin boleh menyebabkan bercampur antara satu sama lain.

Dengan Adanya Sijil Halal Jakim Ia Membuatkan Umat Islam Menjadi Lebih Yakin Untuk Membeli Produk Tersebut

Kesimpulanya, dengan adanya sijil halal ini secara tak langsung ia membuatkan umat islam di negara kita menjadi lebih yakin untuk membeli produk tersebut tanpa ada rasa was-was. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat mengenai sijil halal, anda boleh pergi ke Portal Rasmi Halal Malaysia

Baca Juga: Permohonan Lesen Premis Perniagaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *