Rata-rata warganet memuji dengan penampilan baru anak ke-3 Shuib bersama Allahyarhamah Siti Sarah. Anak beliau atau lebih dikenali Ariq Matin yang telah potong rambutnya menjadi pendek.
Shuib mengongsikan beberapa gambar anaknya itu . “Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,” katanya di akaun instagram milik beliau.
Seperti yang anda lihat sangat kemas dan comel, para peminat memberikan pelbagai riaksi sejurus Shuib muat naik foto sebelum dan selepas rambut anaknya yang berusia 6 tahun itu telah dipotong.
Malah ada peminat yang mengatakan mukanya macam pemain bola “Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu,”.
“Rambut panjang sesuai dengan karakter Matin,” peminat lain turut beri pandangan.
“Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin,” puji peminat. “Camel. Semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan,” doa peminat lainnya pula.
“Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat,” antara komen yang ditinggalkan.
Anak sulung mereka, Uwais Al-Qarni juga dilihat turut dipotong pendek rambutnya.