Biodata Hannah Delisha Dan 5 Drama Lakonanya. Bila sebut sahaja mengenai Hannah Delisha, pastinya kebanyakkan antara kita sangat mengenali pelakon wanita yang serba hebat ini. Setiap watak lakonan yang di bawanya telah berjaya menambat hati para penonton dan peminatnya. Justeru itu, tidak hairanlah jika admin katakan Hannah Delisha antara pelakon wanita yang terkenal di negara kita.
Jom Kita Berkenalan Dengan Dirinya
Bagi peminat Hannah pasti hendak mengetahui mengenai pelakon yang mempunyai bakat besar ini. Pasti anda mahu mengetahui latar belakang pelakon yang telah membuatkan kita jatuh cinta dengan lakonanya. Jom kami ceritakan sedikit biodata mengenai dirinya.
- Nama Penuh:Hannah Adlina Blackburne Birch
- Nama Glamour:Hannah Delisha
- Umur: 25 tahun (2021)
- Tarikh Lahir:27 Oktober 1996
- Asal: Singapura
- Agama: Islam
- Warganegara: Singapura
- Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
- Adik-Beradik: Mia Delisha
- Kerjaya: Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk
- Single Lagu:Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
- Twitter: Twitter Rasminya
- Facebook: Fb Rasminya
- Instagram: Instagram rasminya
Hannah Delisha, merupakan bekas ahli kumpulan duo Delisha, yang di anggotai oleh beliau sendiri dan adiknya Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan selepas Hannah Delisha menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”.
Single “Anugerah” merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen dari kumpulan Hyper Act. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya, “Esok Masih Ada” yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, “Tak Perlu Kata Apa-Apa”.
Baca Juga : Puspakom : Maklumat dan info pemeriksaan mandatori
Senarai Drama Lakonanya
Sepanjang berkecimpung dalam bidang lakonan, Hannah Delisha telah berlakon lebih dari 10 drama. Drama-drama ini seringkali menjadi sebutan di bibir peminat. Antara drama lakonanya ialah:
Tahun | Tajuk | Watak | Siaran TV |
2016 | Farhana | Aaliyah | Suria |
Kemelut | Nadia | ||
Kathy Gerenti | Farah | ||
Bingit Musim ke-4: Kurnia | Ateeyah | ||
2017 | Faculty | Zarina | Saluran 5 |
7 Hari | Faeqah | Suria | |
Mencintaimu Mr. Photographer | Aira Qaisara | Astro Ria | |
2018 | 3 Gadis Manis: Musim 2 | Jo | Astro Gempak |
Alamatnya Cinta | Ellie Farhana | Astro Ria | |
Aku Cinta Dia | Laila | TV3 | |
2019 | 30 Pesanan Suara | Syafira | |
2020 | Bukan Kahwin Paksa | Dara | |
Saga 2.0 | Sofea | Suria | |
Cinta Sekali Lagi | Amani | TV3 | |
Tercipta Satu Ikatan | Leanna | Astro Ria |
Antara Anugerah Yang Telah Di Menanginya
Walaupun masih berusia muda, tetapi dia merupakan artis yang sedang meningkat naik. Namanya seringkali meniti di bibir-bibir peminat drama tempatan. Justeru itu, tidak hairanlah pada usia muda ini, beliau telah memenangi bermacam anugerah. Antaranya ialah:
Tahun 2017
- Pesta Perdana Singapurake-14 – Personaliti Wanita Paling Popular
- Anugerah Planet Muzikke-16 – Artis Paling Popular – Singapura
- Anugerah Instafamous HurrTV – Anugerah Instafamous Pujaan Hati
Tahun 2018
- The 100 Most Influential Young Entrepreneurs- Arts & Culture – Special Commendation
Tahun 2019
- Pesta Perdana Singapura ke-15- Personaliti Wanita Paling Popular
- The 100 Top Young CEO Awards- Special Talent Entrepreneur
- Anugerah Bintang Popular ke 32- Pasangan Serasi Filem (bersama Syafiq Kyle)
- Asean Outstanding Business Awards- Asean Top Social Media Influencer Award
Hannah Delisha Juga Terkenal Sebagai Instafamous
Selain dari di kenali dalam bidang lakonan dan naynyian, Hannah Delisha juga di kenali sebagai salah seorang instafomous yang terkenal di negara kita dan mempunyai ramai peminat serta pengikut di media sosial.