Hanya Kerana Secawan Air Jagung, Rezeki Pemuda Diperluas

“Rezeki ada dimana-mana, datangnya tanpa diduga, tepat pada masa, yang penting usaha dan tawakal”

Seperti yang kita maklum, setiap orang rezekinya lain-lain. Bertitik tolak daripada pemberian secawan air jagung yang diberikan secara percuma di gerai kecil dekat dengan persimpangan lampu isyarat, seorang pemuda telah diperluaskan rezekinya. Allah Maha kaya, siapa sangka rezeki pemuda yang menjual air jagung ini datang tanpa disangka dan sangat menguntungkannya.

Satu video menarik  yang telah dimuat naik oleh seorang guru dimedia sisial TikTok menjadi viral dimana dia yang menerima air jagung percuma itu telah membuat tempahan air berkenaan untuk para pelajar di sekolahnya pula.

Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim yang merupakan seorang guru bahasa inggeris berkata, semuanya berlaku pada minggu lalu semasa dia berada dalam perjalanan untuk membuat cetakan salinan bahan-bahan mengajar serta pembelajaran untuk para pelajarnya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Ahmad Shahrul yang lebih mesra dengan panggilan Sir oleh para pelajarnya memberitahu yang dia pada mulanya agak terkejut apabila cermin keretanya secara tiba-tiba telah diketuk oleh seorang penjual air jagung di persimpangan lampu isyarat berhampiran Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

“Pada Waktu tu saya baru sahaja selesai mengajar kira-kira pukul 2.30 petang. Dia mula-mula ketuk cermin kereta tapi saya tak buka sebab saya tak mahu beli air jagung.

“Tapi bila dia ketuk lagi, saya terkejut jadi saya buka cermin kereta. Selepas tu barulah saya perasan anak muda ni mengusahakan gerai makan.

“Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila dia menghulurkan air jagung itu secara percuma kepada saya. Saya mahu membayarnya tetapi dia menolak seraya berkata tak mengapa, dia memberikannya secara percuma sahaja,” jelas guru yang berusia 45 tahun itu lagi.

Ahmad Shahrul yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar 2 di Kota Bharu ini juga memberitahu yang anak muda yang dikenali dengan nama Hanif itu sebenarnya baru sahaja menjual air jagung di simpang lampu isyarat tersebut sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Selepas dia memberi secawan air jagung itu secara percuma, dia meneruskan langkah berjalan dari satu kereta ke kereta yang lain. Saya berasa kasihan tetapi pada masa sama amat kagum dengan ketabahan yang dimiliki pemuda tersebut.

“Saya kemudiannya menghubungi Hanif serta menawarkan kepadanya untuk datang ke sekolah tempat saya mengajar untuk menyediakan air jagung khas untuk para pelajar saya pada waktu rehat selama 30 minit.  Kesemua air jagung di sekolah yang terjual lebih 40 cawan termasuk kakitangan, kesemuanya saya yang bayar,” jelas Ahmad Shahrul.

Guru bahasa inggeris tersebut juga menyatakan yang video perkongsiannya di media sosial TikTok adalah bagi memaklumkan tentang ketabahan serta kegigihan seorang anak muda mencari rezeki tanpa mengira penat dan lelah.

“Hanif mungkin rugi RM3 kerana memberikan kepada saya secawan air jagung percuma, oleh itu saya bantu dia untuk mendapat hasil yang lebih banyak untuk menyokong bisnes kecil-kecilan yang dia tengah usahakan,” ujarnya.

Bagi penjual air jagung berusia 19 tahun, Muhammad Hanif Asyraf Mohammad Ali ketika dihubungi memberitahu yang dia sebenarnya sedang mengusahakan gerai makan di sebuah medan selera di Kota Bharu akan tetapi ia terpaksa ditutup buat sementara waktu berikutan pelaksanaan PKP.

“Saya memang membuka gerai selama dua minggu pertama semasa musim PKP tetapi tiada pelanggan yang singgah walaupun untuk bungkus. Oleh itu, saya rasa saya perlu mencari langkah lain dengan menjual air jagung.

“Saya menjual air jagung di persimpangan lampu isyarat di Kubang Kerian bermula seawal pukul 11 pagi hinggalah pukul 6 petang. Saya amat bersyukur kerana jualan air jagung saya mengaut secara purata antara 50 hingga 60 cawan sehari,” ujar Hanif sambil memberitahu  juga yang perniagaan air jagungnya itu dibantu oleh dua orang pekerja.

Hanif yang berasal dari Besut, Terengganu dan merupakan anak sulung daripada empat beradik itu juga berkata yang hatinya terdetik untuk memberikan secawan air jagung secara percuma kepada guru tersebut dengan niat ikhlas untuk bersedekah.

“Saya bukan hanya memberikan air jagung percuma kepada cikgu Shahrul, tetapi juga kepada beberapa pemandu lain ketika saya berniaga di persimpangan lampu isyarat.

“Selepas memberikan air jagung kepada cikgu Shahrul, dia memuji yang air jagung saya sedap dan berniat mahu menempah sekali untuk pelajar-pelajarnya di sekolah. Alhamdulillah, saya rasa sangat-sangat bersyukur.

“Saya yakin rezeki Allah itu amat luas. Sekiranya saya berbuat baik kepada orang lain, InsyaAllah kebaikan saya juga akan dibalas,” kata Hanif mengakhiri perbualan.

@sir_asai

Sweet Corn Drink : kindness, sometimes you will get more than what you give… #foryou #fyp #sirasai

♬ Run 2 U (Remix) – ben

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress