Hanya RM 124 Untuk Sewa Rumah Dari Kerajaan. Rugi Sangat Kalau Tak Mohon.

Apa Itu Program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT)?

Rumah IKRAM KPKT merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan kediaman sewa pada kadar minimum serendah RM124.00 / bulan untuk membantu keluarga yang terkesan dan kehilangan rumah disebabkan pandemik COVID-19.

Sila layari laman web ONVIRAL untuk berita-berita semasa dan juga permohonan terkini kerajaan Malaysia.

  • Memberi perlindungan kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19 dengan penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat; dan
  • Meyediakan kemudahan insentif melalui sewaan percuma selama 6 bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat.

Siapa Yang Layak Memohon Rumah IKRAM KPKT?

  1. Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia,
  2. Pemohon berumur 18 tahun ke atas
  3. Belum memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan telah ditamatkan atau seumpamanya
  4. Pendapatan isi rumah tak lebih RM3,000 sebulan

Cara Permohonan Rumah IKRAM KPKT?

  1. Layari laman web TEDUH KPKT
  2. Pilih projek PPR yang diingini (pastikan ada logo RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA di gambar projek)
  3. Klik butang ‘MOHON DI SINI’
  4. Log Masuk atau Daftar Akaun jika belum ada
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan
  6. Hantar permohonan

Maklumat Lanjut

Baca Juga: Permohonan & Semakan Online 2022 | Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *