Hasrat Anggota P0lis Tercapai Sebelum Men1nggal Dunia Setelah 3 Tahun Menderita Sakit

Seorang anggota p0lis yang menderita kanser rahang, K0peral Azmi Kamarudin meningga1 dunia pagi ini.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi Fesb00k beliau sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan Koperal Azmi Kamarudin telah meninggal dunia sebentar tadi. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Marilah sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah,” tulisnya.

Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa anggota p0lis berusia 34 tahun itu mempunyai hasrat untuk bertemu dan berjumpa dengan bekas rakan setugas dan ianya telahpun tercapai selepas menerima kunjungan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di kediamannya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor telah meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Azmi dimana beliau turut menyampaikan sumbangan lampin pakai buang beserta barangan keperluan lain.

Beliau memberitahu yang Azmi merupakan bekas anggota yang pernah bertugas di Bahagian Stor Barang Kes Berpusat di Kepala Batas sebelum bertukar ke Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Isteri kepada Azmi, Korporal Noor Ifa Md. Sukari, 36, yang juga merupakan seorang anggota P0lis berkata penyakit suaminya mulai dikesan sejak tiga tahun lalu.

“Sebelum ini, dia menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Walau bagaimanapun, kesihatannya semakin merosot sejak Jumaat lalu dan selepas menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB), kami sekeluarga memilih untuk membawanya pulang.

“Saya bergilir-gilir menjaganya bersama ibu dan bapa mentua yang tiba dari Sarawak sejak 26 Disember lalu,” jelasnya yang bertugas di IPD SPU.

Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress