Terbaru, berita mengejutkan apabila dimaklumkan sendiri oleh Aaron Aziz tentang tumor yang semakin membesar yang dihidapi olehnya.Menerusi perkongsian di Instagram itu,Aaron memaklumkan dia dinasihati untuk menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan dicutikan dari kerja selama dua bulan namun terpaksa menunda kerana komitmen kerja ayng sedang berjalan ketika ini .
Dalam entri berkenaan, Aaron memuat naik gambar dirinya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar hari demi hari.
View this post on Instagram
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlu jalani pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh kerana banyak projek dan kerja yang sedang berjalan pada ketika ini.
“Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk menghilangkan rasa sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,Korang nampak saya senyum seperti sihat ketawa sana sini tapi hakikatnya hanya hati saya sahaja tahu betapa rasa sakitnya menanggung kesakitan” katanya.
Sebelum ini, Aaron pernah menceritakan bahawa dia mengalami masalah sakit dibahagian saraf iaitu cervical spondylosis sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.
Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mendoakan agar pelakon itu dikurniakan nikmat kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Untuk info, cervical spondylosis ialah keradangan pada tulang leher yang berlaku kepada orang yang berumur atau yang kerja berat seperti angkat simen dan menghadap komputer lebih dari 12 jam sehari.-onviral