Pada zaman moden ini, pemilihan kerja selalunya menjadi persoalan ramai orang terutama para graduan. Namun mereka yang sudah lama berada di dalam alam pekerjaan juga banyak yang menukar kerjaya atas atas alasan suasana atau cara kerja yang tidak bersesuaian dengan jiwa. Apapun alasannya, kesemua itu perlu ditolak tepi kerana setiap orang perlu memikirkan tanggungjawab sekiranya ada tanggungan yang perlu dijaga dan dipelihara.
Ada orang yang bekerja demi meneruskan hidup, manakal ada segelintir daripada individu yang memandang rendah sesuatu pekerjaan yang dirasakan tidak berapa sesuai dengan kelayakan yang telah diperoleh.
Perkara ini dihadapi oleh ramai orang. Sebagai contoh seorang wanita, Nurul Aisyah Imani yang bekerja sebagai seorang Pengawal keselamatan telah dikritik apabila pekerjaannya itu seolah-olah dipandang rendαh oleh segelintir masyarakat.
Malah, dia diminta untuk menukar pekerjaan yang lebih menjamin masa depan berbanding mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan.
Menerusi aplikasi TikTok, wanita yang berusia 23 tahun itu memilih kerjaya tersebut kerana mempunyai sebabnya yang tersendiri.
Ibu tunggal dua cahaya mata itu berkata lagi, daripada hanya duduk di rumah, tidak salah rasanya menyαrungkan uniform pengawal keselamatan untuk mendapatkan pendapatan.
“Hina sangat ke kerja pengawal keselamatan ni? Kerja mana-mana pun takpe, asalkan duit masyuk. Daripada duduk rumah goyαng kaki, tak dapat apa,” katanya.Selain itu, Aisyah turut memaklumkan bahawa dia melakukan dua pekerjaan lain lagi disamping menjadi pengawal keselamatan iaitu bidang perniagaan dan lain-lain.
“Kerja yang lebih baik macam mana? Macam ni, saya bekerja security sepenuh masa tapi dalam masa yang sama saya buat tiga pekerjaan, bisnes dan sebagainya,” ujarnya.
Jika ditinjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen berpendapat gaji pengawal keselamatan sebenarnya lebih tinggi berbanding sesetengah pekerjaan yang lain. Jadi kepada masyarakat yang memandang rendah kerjaya sebagai pengawal keselamatan perlulah ubah minda untuk tidak memandang rendah dan menghormati mana-mana pekerjaan yang ada kerana alasan dan sebab setiap orang tidak sama.