Antara jenama gergasi global yang sudah bertapak di Malaysia bagi memenuhi keperluan pengguna tempatan ialah H&M Hennes & Mauritz (H&M). Jenama H&M ini bermula di Sweden pada 1947, kini mempunyai beberapa outlet di Malaysia.
Walaupun mempunyai beberapa outlet fizikal di hampir semua bandar utama seluruh Malaysia, H&M turut berorientasikan kedai online dengan menawarkan pelbagai jenis produk untuk pelanggan di Internet.
Selain outlet fizikal, pelanggan dapat memilih dan membeli pelbagai item fesyen menarik menerusi kedai online H&M dengan hanya satu klik di hujung jari.
H&M Malaysia unik dan menarik
Apa yang menarik mengenai kedai online H&M ini ialah ia menampilkan item terhad dan eksklusif. Item serupa tidak dapat diperolehi di mana-mana kedai fizikal atau kedai online lain.
Walaupun butik fizikal H&M Malaysia tidak sebesar di London, pakaian wanita, lelaki, remaja, kanak-kanak serta aksesori wanita seperti cincin, subang, rantai, kasut dan beg memang unik dan menawan.
Malah H&M turut memperkenalkan dan mempromosi pakaian untuk wanita Muslim sejak 2015 lagi.
Menarik : Taobao Malaysia
Sedikit info H&M Malaysia
H&M ialah rangkaian peruncitan multinasional menampilkan kepelbagaian fesyen lelaki, wanita, remaja serta kanak-kanak dan sudah beroperasi di 43 buah negara seluruh dunia dengan lebih 100,00 pekerja.
Ia bukan baru sebenarnya. Sebaliknya H&M sudah bermula dengan kedai pertama di Sweden pada 1947. Kini ia mempunyai lebih 2,500 rangkaian kedai di serata dunia.
Malah, dengan itu juga H&M diiktiraf syarikat peruncitan pakaian kedua terbesar di dunia.
Siapakah yang memulakan H&M? Syarikat itu diasaskan Erling Persson pada 1947 yang membuka kedai pertamanya di Vasteras, Sweden.
Sejak itulah rangkaian H&M berkembang sedikit demi sedikit ke serata ibu kota negara-negara utama dunia seperti Norway, London dan New York sebelum berkembang jauh ke benua sebelah timur dan sebagainya.
H&M kemudian memulakan peruncitan online pada 1998 dengan domain unik dua huruf, iaitu hm.com. Tidak mudah untuk memperolehi domain dua huruf seperti ini.
Rahsia kejayaan H&M
Mengapa dan bagaimana H&M boleh mencapai kejayaan sedemikian rupa?
Majalah perniagaan terkemuka dunia Forbes pernah merumuskan bahawa rahsia kejayaan H&M ialah kepantasannya memperkenal dan menerap fesyen baru kepada pelanggan.
Kejayaan itu juga berkait rapat dengan kepantasan proses dalam menukar idea pereka fesyen menjadi pakaian siap lalu memperagakan di serata outletnya di seluruh dunia serta di kedai online H&M Malaysia.
Menurut Forbes, masa yang diambil untuk “memindahkan idea pereka ke ruang pameran di dalam outlet” sangat singkat. Ini menjadikan H&M sangat berjaya.
Mencari pakaian menarik, layari hm.com dan berbelanjalah semahunya!