Hospital Selayang adalah salah satu hospital yang terkenal dalam negara kita. Hospital Selayang juga antara hospital yang mempunyai ramai doktor-doktor pakar dalam bidang perubatan. Justeru itu, tidak hairanlah hospital Selayang antara hospital yang terbaik di negara kita.
Apa Servis Yang Di Tawarkan??
Sama seprti hospital-hospital lain yang ada dalam negara kita, di sini juga menyediakan pelbagai servis dan rawatan yang datang untuk mendapatkan rawatan di sini. Bukan sahaja, pembedahan tetapi juga anda turut boleh mendapatkan rawatan di klinik staf. Antara servis yang di tawarkan di klinik staff ialah:
1.Rawatan pesakit luar (tidak kritikal).
2.Pemeriksaan kesihatan
-wargakerja berumur 40 tahun keatas setiap tahun,
-wargakerja yang melapur diri,kenaikan pangkat atau melanjutkan pelajaran.
3.Program immunisasi hepatitis B
4.Program saringan TB bagi wargakerja yang berisiko.
5.Rawatan kecederaan oleh alatan tajam
6.Rawatan kecederaan di tempat kerja
Baca Juga: Permohonan Membuka Akaun Bank Islam Online
Perkhidmatan Lain Yang Di Tawarkan Oleh Hospital Selayang
Selain dari perkhidmatan di atas, ada beberapa perkhdmatan lain yang turut di tawarkan bagi memudahkan lagi pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Antara perkhidmatan lain yang di tawarkan ialah:
Perkhidmatan Unit Perhubungan Awam :
1. Penyelaras Aduan Awam
Pengurusan aduan awam diselaras mengikut Garis Panduan Pengurusan Aduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pekeliling aduan yang berkaitan
2. Aktiviti Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan
Memberi penerangan dan penjelasan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Selayang kepada orang awam.
3. Penyelaras Perhubungan Media
Urus setia dan penyelaras untuk sidang akhbar/sidang media, penggambaran TV/Radio serta sesi temubual anggota kesihatan Hospital Selayang mengenai isu kesihatan.
4. Urus Tadbir Lawatan Sosial dan Khidmat Korporat
Menjadi urus setia/penyelaras lawatan social NGO dan agensi kerajaan dan swasta.
5. Pemantauan Media Cetak Arus Perdana
Memantau isu/aduan berkenaan Hospital Selayang di akhbar utama.
Bukan itu sahaja, sama seperti hospital lain, di sini juga turut menyediakan rawatan fisioterapi untuk pesakit yang memerlukan. Perkhidmatan Fisioterapi bermula dari :
i. Menerima rujukan fisioterapi dari Pakar, Pegawai Perubatan
ii. Penilaian awal kefungsian fizikal
iii. Kenalpasti tahap kefungsian dan potensi kearah pemulihan
iv. Merancang program rawatan
v. Intervensi rawatan pemulihan dengan penggunaan kaedah rawatan yang bersesuaian, tepat dan berkesan
Ada Bermacam Lagi Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Bukan itu sahaja, ada bermacam lagi perkhidmatan yang di tawarkan di sini. Antaranya ialah:
Perkhidmatan Dietetik (Klinikal):
- Medical Nutrition Therapy
- Nutrition Care Process (ADIME)
- Evidence-Based Research
- Clinical Practice Guideline
Perkhidmatan Dietetik (Klinikal):
- Pegawai Dietetik ditugaskan mengikut sub-specialiti (Hepatology, Hepatobiliary/Intensive Care Unit/Burns/Nephrology/Surgical) dan disiplin lain.
- Memberi Khidmat Kaunseling Pemakanan (Individu).
- Pemberian produk enteral untuk pesakit dalam wad sama ada secara oral atau melalui tiub; PVC & silikon (NG, PEG – 8,10,12,14), soft fine bore (NJ, PEJ – 12,14).
- Sebahagian daripada Nutrition Support Team Hospital Selayang.
- Menyertai wad round di wad-wad yang ditugaskan.
- Mewujudkan modul dan protokol berkaitan pemakanan.
Untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai hospital Selayang anda boleh layari website rasmi dengan klik di sini