5 Langkah Mudah Bayar Hutang PTPTN Melalui KWSP

Ikuti 5 Langkah Mudah Pembayaran Hutang PTPTN Melalui KWSP

Hutang PTPTN mungkin atau pastinya akan menjadi satu perkara yang difikirkan oleh setiap pelajar yang telah tamat pengajian tinggi di Universiti ataupun Kolej.

Hutang pinjaman pelajaran ini wajib dibayar bermula selepas 12 bulan pengajian dan mendapatkan pekerjaan sebaik saja menghabiskan pengajian adalah satu tekanan yang dialami oleh mana-mana graduan.

Setelah berjaya mendapat pekerjaan, komitmen untuk melakukan pembayaran secara berperingkat pula mungkin menjadi masalah seterusnya jika jumlah gaji yang didapati hanya sekadar cukup makan untuk membayar komitmen bulanan menyebabkan kebanyakkan daripada bekas graduan mungkin agak sukar untuk membayar balik pinjaman PTPTN.

Namun jangan risau kerana sekarang sudah terdapat alternatif pembayaran balik hutang PTPTN mengunakan Akaun KWSP. Setiap bulan caruman KWSP yang ditambah oleh majikan boleh digunakan untuk membayar pinjaman PTPTN. Mudah bukan?

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk melakukan pembayaran hutang PTPTN melalui KWSP.

Langkah 1: Daftar & Log Masuk i-Akaun

hutang PTPTN

Sekiranya anda belum mempunyai I-Akaun, sila daftar terlebih dahulu & aktifkan untuk sebarang urusan.

Kemudian, barulah dibenarkan untuk log masuk di laman web KWSP dengan memasukkan kata laluan sementara yang telah anda diterima. Untuk Log masuk, sila tekan pada pautan. KLIK DISINI

Baca juga: Bantuan Telefon & Internet Untuk Rakyat Malaysia

Langkah 2: Permohonan Pembayaran Baru (Hutang PTPTN Melalui KWSP)

hutang PTPTN

Untuk melakukan pembayaran baharu, sila rujuk langkah berikut:

    1. Sila tekan butang ‘Pengeluaran’ di bahagian menu atas.
    2. Kemudian tekan butang ‘Permohonan Pengeluaran Baru’ dan pilih ‘Pendidikan’.
    3. Kemudian satu ‘pop up’ mesej akan muncul .
    4. Sila tekan butang ‘OK’ pada ‘pop up’ mesej tersebut.
    5. Pilihan Institusi yang terlibat (pilih PTPTN) akan dipaparkan dimana ia adalah:
        •  Ruangan bayaran kepada (pilih pemberi pinjaman)
        • Ruangan peringkat (apa yang anda pelajari)
        • Ruangan permohonan (pilih diri sendiri).

Langkah 3: Jumlah Kelayakan Pembayaran Balik Hutang PTPTN

Langkah seterusnya adalah jumlah kelayakan:

    1. Sila tekan butang ‘seterusnya’ & butang ‘terima’.
    2. Sila kemaskini maklumat diri (profil) anda.
    3. Sila masukkan nombor rujukan matriks/nombor pelajar semasa kita belajar di ruangan ‘maklumat pengeluaran‘.
    4. Kemudian Jumlah kelayakan anda akan dipaparkan. Sila lihat berdasarkan baki akaun 2 KWSP anda dimana baki tersebut adalah jumlah maksimum yang ada dalam akaun.
    5. Jumlah pembayaran kembali yang ingin dibayar adalah bergantung kepada anda.

Langkah 4: Tempoh Pemprosesan Permohonan

Setelah selesai melakukan permohonan, pihak PTPTN akan memproses permohonan anda dan proses ini mengambil masa lebih kurang 1 minggu.

Anda akan mendapat sms daripada pihak PTPTN sekiranya permohonan anda diluluskan.

Langkah 5: Dokumen Penting Untuk Dibawa (Jika Permohonan Diluluskan)

Sila hadir ke cawangan KWSP terdekat bagi mengambil cap jari (thumb print) sekiranya permohonan anda diluluskan.

Di bawah adalah senarai dokumen penting yang anda mesti bawa sekali:

    • Kad pengenalan anda
    • Sijil-sijil penting
    • Dokumen-dokumen yang berkaitan

Nota : Proses pembayaran akan dilakukan dalam tempoh 16 hari  dan sudah boleh membuat semakan di I-Akaun anda.

Semoga permohonan anda berjalan dengan lancar dan dapat membayar kembali wang pinjaman pelajaran PTPTN anda dengan mudah.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat tambahab berkenaan pembayaran balik hutang PTPTN melalui KWSP, sila rujuk pilihan kaedah di bawah:

Anda boleh hadir ke kaunter PTPTN dialamat:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh hubungi Careline atau faks atau pergi ke laman web PTPTN dengan mengisi e-aduan:

    • Careline: 03 – 2193 3000
    • Faks: 03 – 2193 1263
    • e-Aduan: iCare

Baca Juga : Tarikh Pembukaan Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Fasa PPN Setiap Negeri

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress