i-Citra akan dibatalkan selepas Perdana Menteri baru dilantik? Mungkin ini bakal terjadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan tidak dapat menyambut rayuan rakyat Malaysia yang mahukan beliau untuk terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kerana telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin yang kini dilantik sebagai Perdana Menteri caretaker untuk beberapa hari itu berkata, susulan itu beliau telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jadi, apa yang akan terjadi pada segala bantuan kerajaan yang dibentangkan semasa Belanjawan 2021? Adakah akan diteruskan atau akan diubah serta merta?

Umum mengetahui bahawa apabila tampuk kepimpinan berubah, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pasti mempunyai prinsip dan agenda dasar pelaksanaan ekonomi tersendiri dalam menguruskan bajet perbelanjaan negara. Ini secara tidak langsung boleh mengubah struktur program dan peruntukan sedia ada. Hal ini sedikit sebanyak mencemaskan jiwa rakyat dek situasi yang tidak tentu dalam pentadbiran kerajaan kerana hal ini mempengaruhi ekonomi mereka juga.

Mungkinkah ada bantuan baru diperkenalkan atau segala program akan ditambah baik dari sebelum ni atau lebih teruk sekali dibatalkan ? Bagaimana dengan i-Citra?

Pada perpektif pihak lain, ada yang berpendapat  tindakan kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan wang simpanan KWSP secara terus menerus adalah tindakan kurang wajar kerana ia memberi kesan buruk kepada masa depan rakyat Malaysia sewaktu dihari tua, apatah lagi bagi golongan anak muda. Tanpa nasihat dan konsultasi yang betul , anak anak muda akan sewenangnya mengeluarkan simpanan KWSP mereka walaupun tidak merasakannya perlu. Apa yang lagi membimbangkan golongan yang lebih tua mengunakan jumlah wang mereka sendiri dengan berbelanja sana sini tanpa memikirkan akibatnya. Walaupun itu wang milik mereka sendiri, itu secara tak langsung membimbangkan suasana perbelanjaan penduduk Malaysia sekaligus memberi kesan terhadap aspek simpanan jangka masa panjang .

Pada disember yang lepas,pihak KWSP membenarkan pengeluaran akaun satu bagi ahli yang terjejas akibat Covid-19. Pengumuman itu memberi kelegaan dalam kalangan ahli, perlu diingatkan bahawa keputusan itu memberi kesan negatif kepada simpanan persaraan. Perlulah diingatkan, simpanan KWSP tidak sama seperti simpanan  wang di institusi perbankan.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP bukan penyelamat tunggal

Simpanan ini lebih kepada simpanan jangka masa panjang sebagai pendapatan utama kepada pencarum apabila mencapai umur persaraan, manakala simpanan kecemasan pula bagi tujuan kecemasan dan mudah dikeluarkan seperti simpanan di bank.

Hal itu akan menyebabkan simpanan persaraan berkurangan. Sebagai contoh, sekiranya ahli mempunyai jumlah simpanan akaun satu sebanyak RM100,000, selepas tu mereka mengeluarkan RM20,000 menjadikan pengurangan simpanan sebanyak 20 peratus.

Walaupun caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam akaun satu sehingga amaun yang diterima digantikan semula, berapa lamakah ahli perlu mencarum semula bagi mendapat balik jumlah asal simpanan? Bagaimana pula dengan ahli yang bergaji rendah dan sudah berusia?

Menurut data KWSP, 65% ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000. Sekitar 60% pesara sudah menggunakan semua simpanan mereka dalam cuma tiga tahun setelah bersara. ”

Kemungkinan besar kebanyakan pemegang akaun B40 dan M40 sudahpun menghabiskan simpanan mereka.

Peluasan skop ini hanya akan menjadikan keadaan lebih buruk dan  lebih ramai ahli tidak mempunyai simpanan kelak.

Jadi adakah langkah komprehensif akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan baru selepas ni? Atau memperkenalkan sistem pembayaran KWSP yang lebih berhemah dan lebih efektif .

Adakah kita terpaksa menantikan belanjawan baru ?

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress