Semakan Tarikh Pembayaran i-Citra Disember 2021

Semakan Tarikh Pembayaran i-Citra Disember 2021

i-Citra merupakan kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Memandangkan bulan Disember sudah hampir tiba, pasti ramai di kalangan anda yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan keempat akan dikreditkan ke akaun masing-masing.

Onviral akan kongsikan kepada anda semakan status dan jadual pembayaran bagi bulan September dan bulan-bulan seterusnya.

Tarikh Pembayaran i-Citra

Sama seperti bulan-bulan sebelum ini, jika pada bulan November tarikh pembayaran i-Citra jatuh pada tanggal 1 November, maka pembayaran bagi bulan Disember juga akan jatuh pada tanggal 1 Disember nanti. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil masa 1-3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.

Jadual Bulanan Bayaran i-Citra

Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut:

Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.

    • Contohnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
    • Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
    • Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.

Cara Membuat Semakan Status i-Citra

Untuk makluman, semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:

    1. Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
    2. Klik pada butang SEMAK STATUS.
    3. Isikan maklumat yang diminta.
    4. Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan.

Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:

    1. Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
    2. Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan.
    3. Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL.
    4. Klik pada WITHDRAWAL HISTORY.
    5. Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra.
    6. Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress