i-Citra KWSP : Cara Semak Status & Jadual Pembayaran Bulan September 2021

Seperti yang semua sedia maklum, bayaran bulan pertama i-Citra telah mula dikreditkan secara berperingkat pada 2 Ogos 2021.

Pada artikel kali ini, OnViral ingin kongsikan mengenai tarikh bayaran dan juga jadual pembayaran i-Citra KWSP pada bulan September 2021.

Bagi setiap pemohon akan menerima tarikh bayaran yang berbeza kerana mengikut kepada tarikh bayaran yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Jika anda merupakan pemohon i-Citra pada bulan Julai 2021, dijangka anda akan menerima pembayaran seperti di bawah:

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Manakala jika anda di dalam kategori pemohon pada bulan Ogos, jangkaan bayaran tarikh dikreditkan ke akaun bank anda pada:

Semakan Status i-Citra

Untuk semakan permohonan pengeluaran i-Citra KWSP anda, terdapat 2 kaedah iaitu dengan melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.

Cara Semak Status i-Citra (Melalui Laman Web i-Citra)

    1. Sila layari portal rasmi https://icitra.kwsp.gov.my/
    2. Tekan pada butang SEMAK STATUS.
    3. Isi maklumat peribadi anda dengan tepat.
    4. Status permohonan dan tarikh pembayaran akan dipaparkan di skrin.

Tarikh Semakan Status i-Citra Melalui i-Akaun

    1. Buka aplikasi i-Akaun di telefon atau laman web di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
    2. Sila Login.
    3. Pergi ke bahagian WITHDRAWAL/ PENGELUARAN.
    4. Tekan pada butang menu ‘WITHDRAWAL HISTORY’.
    5. Klik pada i-Citra.
    6. Tarikh pembayaran i-Citra akan dipaparkan di skrin.

Amaun Yang Bakal Dikreditkan Ke Dalam Akaun Pemohon

Bagi anda yang memohon pengeluaran i-Citra sebanyak RM5,000, RM4,500, RM3,000 dan bawah Rm1,000 pada bulan Julai 2021, jadual pembayaran adalah seperti berikut:

a) Pengeluaran RM5,000

b) Pengeluaran RM4,500

c) Pengeluaran RM3,000

d) Pengeluaran Bawah RM1,000

Tarikh Bayaran i-Citra Bagi Bulan Berikutnya (Jadual Bulanan)

Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:

Anda boleh membuat semakan tarikh penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

    • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya jik aterima bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan dikreditkan pada sekitar 2 September, bayaran bulan Oktober juga akan jatuh pada dua (2) haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU;
    • Maksimum dalam tempoh dua (2) minggu ATAU;
    • Sebelum akhir bulan berkenaan.

Menurut pegawai KWSP, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Anda juga boleh dapatkan info rasmi melalui media sosial Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress