i-Citra KWSP: Pengeluaran Sebanyak RM5,000 Bermula Ogos

Selain daripada Bantuan Khas COVID-19, Perdana Menteri turut mengumumkan i-Citra KWSP iaitu kemudahan pengeluaran sebanyak RM5,000 daripada akaun KWSP bermula bulan Ogos.

Namun, kadar bayaran tetap adalah RM1,000 setiap bulan dan dilaksanakan selama 5 bulan sahaja.

Kemudahan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban pencarum. Ianya juga merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.

Baca Juga: Cara Semak Bayaran BPR Tambahan RM500

Program i-Citra

i-Citra KWSP

Menurut pengumuman Perdana Menteri, bahawa Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Menerusi i-Citra ini, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, katanya.

Menurutnya, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 billion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian rakyat.

Kenyataan Media KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2021: Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Para pencarum boleh memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di www.kwsp.gov.my/i-citra mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Syarat Kelayakan

  • Semua ahli yang di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
  • Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
  • Nombor telefon bimbit yang telah dikemaskini untuk menerima Transaction Authorisation code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan bagi memudahkan proses permohonan.

Tarikh Permohonan

  • Permohonan akan dibuka mulai 15 Julai 2021.
  • Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi KWSP.

Tarikh Pembayaran

Menurut Perdana Menteri, pembayaran pertama i-Citra akan mula diagihkan sebulan selepas permohonan iaitu bermula Ogos 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Soalan Lazim

1. Apakah itu i-Citra KWSP?

  • i-Citra KWSP merupakan kemudahan pengeluaran RM1,000 sebulan selama lima bulan.

2. Bilakah permohonan i-Citra akan dibuka?

  • Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi KWSP bermula 15 Julai nanti.

3. Adakah saya layak mengeluarkan i-Citra?

  • Sekiranya baki akaun KWSP anda mencukupi maka anda layak untuk memohon pengeluaran.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress