Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pengeluaran i-Citra KWSP sebanyak RM5,000 sudah boleh dilakukan bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi pendemik COVID-19 yang berlanjutan ini. Antara pakej bantuan baharu yang telah diumumkan oleh kerajaan ialah PEMULIH.
Pengenalan i-Citra
i-Citra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP menghadapi cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Menurut ucapan Perdana Menteri semasa pembentangan pakej bantuan PEMULIH, seramai 12.6 juta rakyat yang mencarum KWSP akan menerima manfaat daripada program ini.
Terdahulu KWSP telah memperkenalkan program i-Lestari dan juga i-Sinar. Bagi i-Citra pula, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2. Penjelasan lanjut boleh rujuk di bawah.
Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian menerusi portal rasmi untuk membuat pengeluaran seperti pautan yang dikongsikan mulai 12 Julai 2021. Kadar pengeluaran serta kaedah bayaran akan diulaskan lanjut. Bayaran pertama pula dijangkakan pada bulan Ogos 2021.
Namun anda diminta untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang kerana wang simpanan KWSP ini adalah untuk kegunaan di hari tua nanti.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: t.me/portalsemakan
Syarat Pengeluaran i-Citra
-
- Ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah.
- Ada simpan sekuarng-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP.
- Ahli boleh keluarkan sehingga RM5,000.
- Dengan kadar bayaran RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan.
- Perlu tinggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Cara Mohon i-Citra KWSP (Pengeluara RM5,000)
Permohonan boleh dilakukan online / atas talian sahaja:
-
- Sila layari https://icitra.kwsp.gov.my/
- Isi nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
- Sahkan identiti anda dengan masukkan nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
- Sila tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran.
- Isi Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran & Kaji Selidik.
- Semak setiap maklumat anda dan tandakan pada kotak sebelum anda tekan butang HANTAR. Siap.
Nota: Permohonan hanya boleh dibuat 1 kali sahaja!
Bilakah Bayaran Akan Dilaksanakan?
-
- Bayaran akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2021.
Portal rasmi bagi i-Citra akan diumumkan dalam masa trdekat bagi menggantikan i-Lestari KWSP.
Info Lanjut
Dalam pengumuman khas tadi, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk membuat program baru ini adalah sukar kerana ianya melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Tetapi inisiatif ini wajar memberikan kelegaan kepada pencarum-pencarum KWSP dalam waktu terdesak ini.
Soalan Lazim
1. Berapakah jumlah i-Citra yang boleh dikeluarkan?
-
- Ahli KWSP boleh mengeluarkan sehingga RM5,000.
2. Bagaimanakah cara memohon i-Citra?
-
- i-Citra kini boleh dimohon di portal rasmi i-Citra.
3. Adakah i-Citra sama seperti i-Sinar?
-
- i-Sinar sudah tamat pada bulan Jun 2021,. Namun kerajaan memeperkenalkan program baru i-Citra.
Sumber: Moh.Gov