Semak Tarikh Pembayaran i-Citra Oktober 2021
Pasti ramai belum terima bayaran i-Citra Oktober 2021 dan sehingga sekarang tertanya bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan kedua ini akan dikreditkan ke akaun masing-masing.
Pada artikel kali ini, OnViral akan berkongsi kepada anda semakan status dan jadual pembayaran bagi bulan September dan bulan-bulan seterusnya
Baca Juga: i-Akaun | Cara Semak Penyata KWSP Secara Online & Kemudahan Lain
Tarikh Pembayaran i-Citra Oktober
Untuk makluman anda, pembayaran i-Citra bagi Oktober telah bermula pada 1 Oktober 2021. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 – 3 hari bekerja tetapi bergantung kepada prosedur bank.
Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra
Pembayaran i-Citra juga sama seperti pembayaran i-Sinar : Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.
Misalnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
Bayaran akan dikreditkan sekurang-kurangnya dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
Pemohon dibenarkan untuk buat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.
Contohnya, jika anda mula memohon pengeluaran RM5,000 pada 15 Ogos 2021, secara asasnya JADUAL BAYARANanda akan terlihat seperti ini:
-
- September 2021: RM1,000
- Oktober 2021: RM1,000
- November 2021: RM1,000
- Disember 2021: RM1,000
- Januari 2022: RM1,000
Bagaimanakah Cara Buat Semakan Status i-Citra?
Terdapat 2 kaedah untuk menyemak status i-Citra:
i) Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Oktober Melalui Laman Web i-Citra
Cara Semakan Status i-Citra Melalui Portal i-Citra
-
- Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan pada butang SEMAK STATUS.
- Isikan maklumat yang diminta.
- Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan.
ii) Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Oktober Melalui i-Akaun
Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:
-
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan.
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL.
- Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’.
- Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra.
- Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah.
Tarikh Bayaran i-Citra Bagi Bulan-bulan Berikutnya (Jadual Bulanan)
Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:
Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.
-
- tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
- maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
- sebelum akhir bulan berkenaan.
Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
Baca Juga: Langkah Mengemaskini No Telefon KWSP Online / Kiosk
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).