Keputusan i-Citra RM10,000 Secara One-Off Diketahui Hujung Bulan Ini

Kerajaan akan mengkaji secara menyeluruh tentang cadangan kenaikan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa memberitahu yang pertimbangan tersebut akan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan yang akan disalurkan oleh kerajaan, bagi meringankan beban ahli KWSP yang terjejas

“Pertimbangan terhadap kenaikan had pengeluaran i-Citra one off  perlu mengambil kira keperluan untuk mengimbangi antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan untuk masa hadapan dengan kadar negara dijangka mengalami penuaan penduduk pada 10 hingga 15 tahun akan datang,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.

i-citra one off

Pengeluaran wang i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan melalui i-Citra.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) pada sesi perbahasan Titah Diraja telah mencadangkan agar had pengeluaran i-Citra dinaikkan daripada RM5,000 ke RM10,000 tetapi dengan syarat kerajaan mesti memulakan usaha untuk menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaan bagi syarikat dimilikinya.

Baliau turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan skim i-Survive dengan memnerikan pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada pemohon.

Baca juga: eKasih 2021 : Senarai Jenis Bantuan Yang Boleh Dimohon

i-citra one off

Mengulas tentang cadangan tersebut, Yamani memberitahu yang kementerian telah mengambil maklum cadangan yang telah dikemukakan oleh Najib, sebagai usaha untuk menambah aliran tunai kepada setiap isu rumah yang memerlukan. Beliau berkata kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pemberian pelbagai bentuk bantuan tunai langsung kepada kumpulan sasar.

“Ia termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC), serta bantuan kehilangan pekerjaan dengan jumlah keseluruhan peruntukan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM17.1 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15.2 bilion telah disalurkan kepada akaun penerima,” katanya lagi.

Beliau menambah yang kerajaan dijangka membentangkan cadangan di Dewan Rakyat bagi meningkatkan siling perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 sehingga RM110 bilion pada Disember ini.

Pemuda UMNO iaitu Asyraf telah mengakui bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan pada hari tua bagi rakyat yang terkesan walaubagaimanapun tuntutan pengeluaran i-Citra sehingga RM10,000 adalah merupakan salah satu keperluan yang tedesak kepada rakyat yang terjeas sumber pendapatan.

“Suasana kecemasan musim penyakit berjangkit Covid-19 sangat memerlukan pelbagai pendekatan yang mendesak terutamanya bagi menjaminkan jaringan keselamatan sosial rakyat ” dalam satu kenyataan rasmi menurut Datuk Asyraf Wajdi.

i-citra one off

Ramai rakyat yang hilang sumber pendapatan akibat banyak sektor pekerjaan ditutup untuk membendung covid-19 terus menular di negara kita sepanjang pandemik Covid-19 di Malaysia.

Mereka yang terkesan terpaksa menanggung beban yang banyak seperti membayar rumah sewa , bil air , bil eletrik serta lain-lain lagi. Rakyat tertekan untuk memenuhi kos sara hidup seperti keperluan dapur untuk keluarga , keperluan anak yang masih bersekolah menjalani sesi (PDPR).

Pada masa yang sama, sewaktu pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Datuk Seri Amirah Hmaazah Azizan pada hari selasa yang lepas , ada beberapa perkara cadangan yang telah dibincangkan oleh Pemuda Umno bagi menangani isu menampung kembali kelompangan simpanan KWSP dimana diantaranya adalah meningkatkan kadar caruman wajib majikan bagi tempoh tertentu serta meperluaskan caruman ‘Mandatory Coverage ‘ termasuk kepada sektor informal seperti gig ekonomi.

Baca juga: Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Papan Dayung Dan Sempat Singgahkan Kepala Bagai Memberi ‘Salam’

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress