i-Citra RM10,000 Secara One-Off Bakal Diumum Dalam Belanjawan 2021?

i-Citra RM10,000 Secara One-Off Bakal Diumum Dalam Belanjawan 2021?

Ramai yang bertanya mengenai status terkini tuntutan rakyat terhadap pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one-off.

Terkini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebooknya memberi bayangan bahawa tuntutan rakyat yang dibangkitkan Pemuda UMNO termasuk pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ bakal dilaksanakan kerajaan.

Beliau telah membuat follow up bagi memaklumkan tuntutan ini terhadap Perdana Menteri  dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam kelmarin.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Malam kelmarin selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, sempat ‘follow-up’ beberapa isu utama untuk diberikan perhatian oleh YAB Perdana Menteri, antaranya:

1. Tuntutan Rakyat mengenai KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off.

2. Keputusan Kabinet untuk bank menawarkan Moratorium tanpa faedah terakru.

3. Isu-isu kebajikan dan keselamatan pekerja muda dalam industri Ekonomi GIG khususnya P-Hailing dan E-Hailing.

YAB PM menyatakan bahawa perkara-perkara yang Pemuda UMNO bangkitkan ini telah diminta untuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul ambil tindakan dan ada yang akan diumumkan dalam Bajet 2022 nanti.

Saya maklumkan juga kepada YAB PM bahawa harapan rakyat agar dapat disegerakan terutamanya mengenai Moratorium dan i-Citra kerana ramai sangat yang berharap dan berada dalam keadaan terdesak.

Moga sama-sama doakan agar yang diharapkan ini bakal menjadi kenyataan.

Sebelum ini, Datuk Asyraf telah mengemukakan 10 permintaan rakyat untuk tambah baik bantuan rakyat termasuklah tuntutan pengeluaran secara “lump sump” berbanding berkala setiap bulan.

10 Permintaan Rakyat Untuk Tambah Baik Permintaan Rakyat

Daripada 10 senarai tersebut, beberapa permintaan telah dilaksanakan seperti Bantuan Khas Covid-19 yang telah pun disalurkan pada awal September yang lepas.

Namun bagi permintaan terhadap pengeluaran KWSP, belum ada kata putus lagi daripada pihak kerajaan.

Pun begitu, Kerajaan sedang memperhalusi dan mengkaji secara menyeluruh cadangan menaikkan had pengeluaran kemudahan i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, pelbagai aspek akan diambil kira termasuk bantuan disalurkan kerajaan kepada rakyat dalam usaha membantu meringankan beban kewangan ahli KWSP terjejas akibat pandemik Covid-19.

Semoga pengeluaran i-Citra RM10,000 ini bakal menjadi kenyataan dalam meringankan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress