Tahniah buat semua!
Bayaran i-Citra Dah Masuk akan masuk secara berperingkat untuk bayaran Bulan Pertama iaitu bulan Ogos. Seperti kita sedia maklum, semua pembayaran I-Citra KWSP telah mula dikreditkan bermula pada 2 Ogos 2021 ini.
Jadi, Onviral akan kongsikan cara semakan tarikh Bayaran i-Citra .
Apakah Cara Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun?
Rujuk cara semakan seperti berikut:
- Buka applikasi i-Akaun melalui smartphone anda atau laman web rasmi
- Lawat laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Masukkan Login ID & Password yang telah anda didaftarkan sebelum ini
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Klik di paparan bertulis i-Citra
Tarikh Pembayaran i-Citra
Tarikh pembayaran adalah seperti berikut
Tarikh Bayaran i-Citra Bagi Bulan Seterusnya (Jadual Bulanan)
Bagi pengetahuan anda, i-Citra juga ditetapkan seperti i-Sinar oleh pihak KWSP dan anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran dalam bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (ini bermaksud jika anda mendapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan diterima sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
- Maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
- Sebelum akhir bulan berkenaan
Pegawai KWSP juga memesan bahawa setiap pemohon diberi peluang untuk buat semakan status mereka bagi mendapatkan info lanjut & yang terkini mengenai maklumat pembayaran i-Citra mereka.
Terdapat 2 kaedah untuk semakan secara online seperti dibawah.
Cara Semakan i Citra KWSP
A) Laman Web i-CITRA KWSP
- Sila layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
- Tekan menu Semakan Status
- Masukkan nombor MYKad & Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
- Tekan pada butang Semak Status.
- Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.
B) Laman Web I-AKAUN KWSP
- Sila buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Login menggunakan ID & password yang telah didaftarkan.
- Klik pada pada menu “Withdrawal History” &“i-Citra”.
- Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud telah LULUS
Maklumat Lanjut
- Terus hubungi hotline di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
- Dapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia)