i Rakyat – Cara Mendaftar Akaun Bank Rakyat Online

Bank Rakyat adalah salah satu bank kovensional yang di kenali di negara kita. Bank ini sudah wujud sejak dari dahulu lagi.

i-Rakyat 1

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad  atau lebih di kenali sebagai Bank Rakyat  telah ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948, dan kini dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DAFIA 2002).

Sejak Penubuhanya, Bank ini telah menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan buat pemegang akaun Bank Rakyat. Salah satu perkhidmatan yang disediakan ialah i Rakyat.

Apa Yang Di Maksudkan Dengan i Rakyat??

i Rakyat adalah satu perkhidmatan perbankan online yang disediakan oleh Bank ini untuk memudahkan urusan perbankan bagi pelanggan mereka. Justeru itu, iRakyat ini adalah salah satu perkhidmatan yang menjadi pilihan ramai. Tetapi untuk menggunakan perkhidmatan perkhidmatan i Rakyat ini, kita perlulah mendaftar terlebih dahulu. Cara membuat pendaftaran adalah seperti berikut:

1- Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan Melayari Laman Web Rasmi i Rakyat.

2- Kemudian, pada halaman utama iRakyat, anda perlu tekan butang Login dan kemudian pilih Personal Banking.

3- Pada laman seterusnya, anda perlu tekan butang Register dan kemudian, pilih I have a Bank Rakyat MyDebit Card-i/Credit Card.

4- Kemudian, pada laman seterusnya, lengkapkan maklumat mengenai kad debit/kredit anda. Seperti:

  • Jenis kad
  • Nombor kad ATM
  • Nombor Telefon
  • Masukkan nombor T-PIN yang anda peroleh daripada mesin ATM sebelum ini.

5- Seterusnya, tekan butang Next. (Bahagian State dan Branch Name adalah pilihan untuk diisi, dan juga merupakan maklumat untuk cawangan Bank Rakyat tempat anda mendaftar akaun bank anda).

Baca Juga: Affin Online- Cara Mudah Untuk Mendaftar Affin Online

6- Selepas itu, pada laman seterusnya,  masukkan nombor TAC lapan digit yang anda dapat peroleh melalui SMS yang dihantar ke telefon pintar anda dan tekan butang Next.

7- Pada laman seterusnya, anda dikehendaki memasukkan segala maklumat yang di minta. Seperti: 

  • Username
  • New Password
  • Confirm New Password, masukkan sekali lagi kata laluan yang anda ingin gunakan (mesti SAMA dengan apa yang anda masukkan pada New Password)
  • Email Address,
  • Masukkan Secure phrase, masukkan sebarang perkataan yang anda ingin gunakan pada masa hadapan untuk mengesahkan akaun yang anda cuba login nanti ialah akaun milik anda. Anda mesti menghafal Secure phrase yang anda masukkan ini.
  • Kemudian, tick pada Accept, dan tekan butang Submit.
  • Pada laman seterusnya, Secure Phrase anda akan tertera, berserta dengan maklumat transaksi yang dibenarkan untuk dilakukan menggunakan i-Rakyat. Pendaftaran akaun anda berjaya.
  • Tekan CLICK HERE untuk pergi ke login page.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Di dalam sistem i Rakyat terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan untuk memudahkan urusan pelanggan mereka. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:

  1. My Profile
  2. My Favourite
  3. Informasi Akaun
  4. Perkhidmatan Pembayaran bill
  5. Pindahan Wang
  6. Pembayaran Berkala
  7. Pembiayaan
  8. Kad ATM
  9. Kad Kredit
  10. Tambah nilai
  11. Remittance
  12. Maklumat Produk & Perkhidmatan
  13. e-Permohonan
  14. e-Status
  15. Transaction Authorisation Code (TAC)
  16. Soalan Lazim/FAQ
  17. 1PAY
  18. Direct Debit
  19. Servis Lain-lain

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *