i-Saraan KWSP: Permohonan RM250 Untuk Suri Rumah / Individu Bekerja Sendiri

i-Saraan KWSP

Untuk makluman, Insentif Persaraan (i-Saraan KWSP) dengan Caruman Sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti bekerja pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksima sebanyak RM250 setahun.

Baca Juga: Permohonan Rayuan BPR Dibuka 15 Jun 2021

i-Saraan KWSP

Kebaikan i-Saraan

  • Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri.
  • Anda mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
  • Membolehkan anda menerima insentif sebanyak 15% atau RM250 setahun.
  • Bantuan jika berlaku kematian sebanyak RM2,500 tertakluk terma dan syarat KWSP.

Senarai Golongan Mereka Yang Bekerja Sendiri

Berikut merupakan senarai mereka yang bekerja sendiri dan boleh membuat permohonan i-Saraan:

  1. Petani / Nelayan / Pemandu teksi dan e-hailing
  2. Pengasuh bayi
  3. Ejen insurans dan hartanah
  4. Freelancer (penyanyi, pelakon, perunding, jurulatih kesihatan, dj radio)
  5. Pemilik perniagaan atas talian (online)
  6. Pemilik perniagaan
  7. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  8. Suri rumah
  9. Pekerja berpencen

Kriteria Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • Merupakan pencarum KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah

Tatacara Memohon

Kepada anda yang memasang niat untuk memohon i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP yang berdekatan bersama dokumen di bawah:

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja) klik DISINI
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran) klik DISINI
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran – Tiada had
  • Maksimum pembayaran – RM60,000 setahun untuk semua pencarum

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *