Untuk makluman, sebagai ahli dibawah insentif i-Saraan ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun. Insentif ini telah pun berkuatkuasa Januari 2018 lagi.
i-Saraan KWSP merupakan satu caruman sukarela yang membolehkan suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti penjawat awam dan pekerja swasta setiap bulan.
Dalam Pelan Pemulihan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari, sebanyak RM50 juta geran padanan untuk ekonomi gig membuat simpanan KWSP melalui i-Saraan.
Baca Juga: Alhamdulillah Dapat Bantuan RM 100 Sehari – NADMA | Mohon Segera 2022
i-Saraan KWSP
i-Saraan KWSP merupakan caruman sukarela dengan insentif persaraan membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Sebagai ahli yang berdaftar di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.
-
- Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
- Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Rasional Insentif i-Saraan KWSP
-
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kelebihan i-Saraan KWSP
Berdasarkan rujukan yang kami perolehi di laman sesawang rasmi KWSP, ada beberapa faedah yang anda boleh dapat jika anda pencarum insnetif persaraan ini, antaranya adalah:
-
- Anda tidak mempunyai pendapatan tetap, KWSP menyediakan saluran persaraan kepada anda untuk mencarum sendiri.
- Boleh buat pengeluaran dan boleh mencarum ikut kemampuan anda dan masa yang anda ada.
- Dapat juga dividen tahunan ikut simpanan sedia ada anda.
- Dapat pula insentif 15% iaitu maksimum RM250 setahun jika anda adalah ahli berumur kurang dari 55 tahun. Insentif ini dari 2018 sehingga 2022.
- Dapat pula bantuan kematian RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).
Syarat Mohon i-Saraan KWSP
Berikut dikongsikan syarat-syarat yang ditetapkan untuk membuat permohonan i-Saraan ini:
-
- Warganegara Malaysia
- Bekerja sendiri
- Umur 55 tahun kebawah
- Ahli KWSP
- Telah buat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16G (M)
NOTA PENTING:
Jika anda suri rumah anda hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan insentif i-Suri, anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi insentif ini. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada kelayakan pemohon.
Langkah Pendaftaran i-Saraan KWSP
Jika anda layak dan hendak melakukan pendaftaran sebagai ahli KWSP, anda boleh berbuat demikian di mana-mana kaunter KWSP berdekatan beserta dokumen di bawah:
-
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa Bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
- Minimum (RM Tiada Had)
- Maksimum RM60,000 setahun untuk semua caruman sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Caruman sukarela ini bagi pendapat admin amatlah berguna lebih-lebih lagi bagi anda yang bekerja sendiri, sekurang-kurangnya pada umur 55 tahun keatas nanti dah ada simpanan hasil caruman anda.
Selamat maju jaya.
Baca Juga : Jom Semak | KWSP Dijangka Umum Dividen Sekitar 5.2 Hingga 6.0 Peratus