Langkah Mendaftar & Terima RM250 Caruman Tambahan i-Saraan KWSP
Pihak KWSP telah memperkenalkan sejenis Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai iSaraan KWSP dimana caruman ini akan membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela bagi tujuan persaraan.
Apa yang lebih menarik, ahli yang mencarum akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
i-Saraan KWSP
i-Saraan KWSP mempunyai matlamat yang bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri serta tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela mengikut kemampuan mereka
Matlamat Tujuan Pengenalan i-Saraan KWSP
-
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.
Baca juga: Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah Baharu
Faedah i-Saraan KWSP
i-Saraan KWSP mempunyai faedah-faedah seperti di bawah:
-
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri serta mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap
- Pemohon akan menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini akan diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Tiada batas mencarum. Caruman dilakukan mengikut masa dan kemampuan kewangan pencarum serta mereka masih boleh membuat pengeluaran
- Pencarum akan menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan
- Menyediakan Bantuan Kematian berjumlah RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
Syarat Kelayakan Permohonan iSaraan KWSP
Syarat di bawah mesti dipenuhi untuk kelayakan permohonan:
-
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Pemohon merupakan mereka yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil pendapatan dan bukan seorang pekerja)
- Pemohon merupakan Ahli KWSP
- Pemohon telah membuat pilihan i-Saraan
Di bawah adalah contoh-contoh Orang Yang Bekerja Sendiri (untuk syarat permohonan)
-
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Pengasuh bayi
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Pekerja bebas (Freelancer) sebagai contoh seorang deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding ect yang menerima bayaran selepas memberikan perkhidmatan.
- Para Surirumah
- Pekerja yang Berpencen
Cara & Saluran Pembayaran Caruman
Untuk makluman, tiada had minimum yang ditetapkan untuk caruman bagi setiap bulan. Caruman boleh dibuat melalui saluran di bawah:
- Melalui Perbankan Elektronik
- Melalui Kaunter Ejen Bank (Tunai / Cek)
- Melalui Ejen Bank Berdaftar
- Hadir ke Kaunter KWSP
- Pembayaran adalah secara Tunai ATAU cek (maksimum RM500) di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Nota:
Untuk semua Caruman Sukarela, tiada had bayaran minimum untuk caruman. Tetapi had maksimum adalah RM60,000 setahun
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Pendaftaran i-Saraan KWSP
Di bawah adalah senarai item dan perkara yang wajib disediakan untuk pendaftaran i-Saraan:
-
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja) KLIK DISINI UNTUK BORANG
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran) KLIK DISINI UNTUK BORANG
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Cara Sumbangan Kerajaan Dikreditkan
Pihak KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.
Sumbangan ini pula akan dikreditkan terus ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
Baca juga : PERKESO | Cara Dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan Selama 6 Bulan Jika Diberhentikan Kerja
Maklumat Lanjut
-
- Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
- Tekan pada pautan untuk maklumat i-Saraan KWSP KLIK DISINI