Untuk makluman anda, pembayaran i-Sinar bagi Kategori 2 telah pun dikreditkan pada 8 Mac 2021 yang lalu. Pembayaran yang dilaksanakan secara berperingkat itu akan disambung pada bulan April 2021.
Umum mengetahui bahawa, usahasama pihak Kerajaan dan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) melalui inisiatif i-Sinar ini adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia terutama sekali pencarum yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Sehubungan dengan itu, bagi i-Sinar Kategori 2, pembayaran pada bulan April kini telah bermula.
Semakan Tarikh i-Sinar Kategori 2
Untuk pengetahuan anda, pembayaran bagi bulan April telah bermula pada 7 April 2021 iaitu bersamaan dengan tarikh terakhir pembayaran i-Lestari KWSP serta permohonan baharu bagi Geran Khas Prihatin 3.0
Pembayaran ini akan dikreditkan mengikut kumpulan/ batch masing-masing. Kepada anda yang ingin semak, anda boleh membuat semakan pembayaran melalui i-akaun KWSP anda. sila rujuk gambar yag tertera di bawah.
Rajah 1.0: Paparan Jadual Pembayaran
Rajah 2.0: Bukti Pembayaran Dikreditkan
Rajah di atas merupakan satu contoh paparan jadual pembayaran yang terdapat pada i-Akaun serta screenshot kemasukan duit ke akaun bank penerima.
Seperti yang anda lihat pada rajah di atas:
- Pembayaran terakhir ialah pada 7 Julai 2021, hal ini bermakna pembayaran pada April juga sama iaitu pada 7 April 2021.
- Tarikh pembayaran adalah berbeza-beza daripada penerima lain. Ada yang menerima awal, ada juga yang menerima lewat sedikit.
- Pembayaran pula akan dikreditkan mengikut kumpulan/ batch, sekiranya anda merupakan batch penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April bermula 7 April 2021 & seterusnya mengikut batch anda.
Panduan Membuat Semakan Status(Melalui i-Akaun)
Tahukah anda? Anda boleh membuat semakan terus dengan menggunakan aplikasi i-Akaun. Aplikasi ini diwujudkan bagi memudahkan para pencarum untuk membuat semakan status pembayaran. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store.
Berikut kami kongsikan kepada anda panduan untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
- Pertama sekali, buka apps i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan.
- Semak pada bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History yang terletak di ruangan sebalah kiri.
- Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
- Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut tentang permohona i-Sinar KWSP, anda boleh menghubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau anda boleh rujuk soalan berkenaan i-Sinar di lama web i-sinar.kwsp.gov.my