Setelah pembayaran i-Sinar bulan April melabuhkan tirai, kini bersambung pula untuk pembayaran bulan Mei. Untuk pengetahuan anda, bermula sahaja 3 Mei 2021, pembayaran dan pengkreditan bagi i-Sinar KWSP telah dikreditkan ke akaun penerima mengikut kumpulan/ batch masing-masing.
Justeru itu, anda boleh membuat semakan status bayaran terkini melalui i-Akaun.
Tarikh & Tempoh Pengkreditan i-Sinar
Bayaran i-Sinar telah dikreditkan sejak 3 Mei lagi dan akan dibayar secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021.
Kepada anda yang tertanya tanya berapa lama masa pengkreditan ke akauan akan diambil, ia mengambil masa dalam 1-5 hari bekerja dan ianya juga bergantung kepada prosedur bank anda.
Kenyataan KWSP
Cara Semak Status Melalui i-Akaun
Anda boleh membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun yang boleh dimuat turun di telefon bimbit anda. Kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
- Sila buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang anda daftarkan.
- Klik pada bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History di ruangan yang ada pada sebelah kiri.
- Klik pada i-Sinar dalam jadual barisan kedua.
- Kemudian, status permohonan i-Sinar anda akan terpapar.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh terus menghubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan lazim berkenaan i-Sinar di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
Saya relay memohon I-sinar pindaan pengeluaran Itu sudah diluluskan tetapi bayar an jadual tak ada
Isinar belum Masuk Mei