i-Sinar: Pembayaran Akan Berakhir Pada Jun 2021. Buat Semakan Sekarang!

Bulan April yang lalu merupakan bulan terkakhir pembayaran i-Lestari dilaksanakan, kini giliran i-Sinar pula. Untuk makluman, pembayaran i-Sinar akan berakhir pada Jun 2021.

Setelah diperkenalkan hampir 6 bulan, ternyata i-Sinar sangat membantu penerima lebih-lebih lagi mereka yang menghadapi masalah kewangan akibat pendemik COVID-19.

Pembayaran i-Sinar

i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.

Kemudahan ini diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020 dan dilancarkan bermula Januari 2021.

Jadual Pembayaran i-Sinar Jun 2021

Bagi tarikh pembayaran i-Sinar Jun ini, pembayaran adalah sama tarikh seperti bulan-bulan sebelumnya.

Oleh itu, pembayaran akan dilakukan bermula hari minggu pertama bekerja iaitu 1 Jun sehingga 10 Jun 2021. Kebiasaannya, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing. Seperti biasa pembayaran ialah secara berperingkat dan mengikut kumpulan masing-masing.

Maklumat Pembayaran i-Sinar

Bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:

  • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (jika bayaran pertama pada 6 Mac, bulan seterusnya juga anda akan dapat pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika jatuh pada hari bekerja).
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu atau;
  • Sebelum akhir bulan.

Cara Membuat Semakan Status Bayaran (i-Akaun)

Anda boleh membuat semakan terus menggunakan aplikais i-Akaun di telefon bimbit anda. Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.

  1. Buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
  3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History di ruangan sebelah kiri.
  4. Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
  5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.

Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my

Related Posts

Comments are closed.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress