i-Sinar: Pembayaran Diawalkan Bermula 1 Jun

Setelah pembayaran i-Lestari berakhir pada April lalu, kini giliran i-Sinar pula. Segolongan besar penerima i-Sinar akan berakhir pada bulan Jun.

Setelah inisiatif ini diperkenalkan hampir 6 bulan, ternyata pengeluaran i-Sinar sangat meringankan beban penerima lebih-lebih lagi mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Pembayaran i-Sinar

i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.

Kemudahan ini diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang diumumkan pada bulan November tahun lalu dan dilancarkan Januari 2021.

Kenyataan Rasmi KWSP

Jadual Pembayaran Jun 2021

Untuk makluman, pembayaran untuk bulan Jun dijangkakan akan mula dikreditkan pada 3 Jun nanti. Tetapi, pihak KWSP telah mengawalkan tarikh pembayaran iaitu pada i-Akaun masing-masing.

Oleh itu, pembayaran telah diawalkan bermula 1 Jun 2021. Pembayaran akan dikreditkan secara berperingkat.

Penerima bayaran kumpulan/batch pertama akan menerima wang bermula 1 Jun dan diikuti oleh batch yang seterusnya.

Baca Juga: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan RM500

i-Sinar

  • Sekiranya pembayaran bermula pada 1/6/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima bayaran pada April pada 3/5/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 2/6/2021 maka penerima pada 4/5/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran berikutnya pada 3/6/2021 maka penerima pada 5/5/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut dan begitulah seterusnya.
  • Sekiranya anda tidak pernah menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (tidak dinyatakan).

Cara Membuat Semakan Status Bayaran (i-Akaun)

Anda boleh membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.

  1. Buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
  3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History di ruangan sebelah kiri.
  4. Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
  5. Kemudian, status permohonan akan dipaparkan.

Tarikh Akhir Permohonan

Untuk pengetahuan anda, tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh menghubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan lazim di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *