i-Suri KWSP: Cara Permohonan Bantuan RM480

Bantuan i-Suri KWSP kini diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah bagi mengiktiraf pengorbanan mereka sebagai suri rumah.

Kami dari OnViral akan kongsikan kepada anda jumlah kadar bayaran secara keseluruhan.

Mohon juga Bantuan Warga Emas: Cara Mohon RM500 Setiap Bulan

i-Suri KWSP

Jumlah Bantuan Keseluruhan

Berikut merupakan jumlah bantuan keseluruhan:

  • Pembayaran sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
  • Bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM2,500.
  • Penerima i-Suri juga akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  • Bantuan Hilang Upaya turut disediakan.

Kriteria Kelayakan i-Suri KWSP

Kepada yang berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri KWSP ini, anda perlulah mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan, antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)

Siapa Yang Boleh Mencarum?

  • Suami bagi pasangan yang layak.
  • Diri sendiri (isteri).

Borang Pendaftaran & Cara Permohonan

Bagi anda yang telah memenuhi kriteria dan hendak membuat permohonan mengenai inisiatif ini, anda perlulah hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:

  1. Borang i-Suri – KWSP 16G (M) BORANG (Pendaftaran buat kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)

Bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan program ini.

Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih.

Baca Juga: Cara Mohon Bantuan RM300 Untuk Ibu Tunggal

Pembayaran Caruman

Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah tersebut:

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

PERINGATAN!

  • Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem e-Kasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (Balu, Bercerai ataupun Bujang).

Semakan Status Pendaftaran i-Suri

  1. Anda perlu layari portal rasmi e-Kasih di pautan berikut – Semakan Online
  2. Anda perlu masukkan nombor MyKad dan klik ‘Cari’ untuk semak pendaftaran.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa share kepada rakan-rakan serta keluarga terdekat.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *