i-Suri KWSP | Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah

Syarat Dan Cara Permohonan i-Suri

Program i-Suri ditubuhkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Nampaknya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui manfaat yang ditawarkan program ini walaupun telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu.

Faedah i-Suri

    • Menerima sumbangan kerajaan sejumlah RM480 /setahun
    • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
    • Dividen tahunan KWSP
    • Bantuan Kematian: RM2,500

*Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Syarat-syarat Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Belum mencapai usia 60 tahun
    • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)
    • Golongan suri rumah yang sudah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
    • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Baca juga: Pengeluaran i-Citra RM 10,000 Dalam Cadangan & Bakal Diumumkan Dalam Bajet 2022? Semak Disini

Langkah Permohonan

Penyertaan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan atau kios KWSP berhampiran dengan membawa MyKad anda jika berkelayakan dan berminat untuk menyertai i-Suri. Caruman boleh dibuat dengan beberapa cara seperti yang ditetapkan oleh pihak KWSP seperti di bawah:

    • Kaunter ejen bank
    • Ejen bank berdaftar
    • Kaunter KWSP
    • Perbankan internet (atas talian)

Sila rujuk maklumat dan gambar di bawah untuk maklumat lanjut:

    • Bagi sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
    • Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.

Baca juga: Lelaki ini tinggalkan kerja offshore demi jaga ibu sakit di kampung, bermula dengan jual cream puff, rezeki diperoleh selepas itu sukar dipercaya

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress