Berita baik kepada para suri rumah dimana mereka kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah program i-Suri. Permohonan i-suri KWSP ini diwujudkan khas untuk Suri Rumah menerima insentif sejumlah RM480 setahun. Program i-Suri ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan juga pembangunan negara.
i-Suri KWSP menyediakan pelbagai faedah kepada golongan suri rumah. Antara faedah yang para suri rumah akan dapat adalah sumbangan insentif sebanyak RM480 yang telah bermula sejak 2019. Bantuan kematian juga disediakan dalam insentif i-Suri iaitu sebanyak RM2500. Pemohon boleh membuat pendaftaran i-Suri KWSP dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi KWSP.
Untuk pengetahuan, pendaftaran program ini boleh dilakukan dengan menghadirkan diri ke cawangan KWSP berhampiran dengan membawa bersama-sama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan di bawah:
MyKad
-
- KLIK DISINI untuk Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Untuk Kali Pertama Sahaja)
- KLIK DISINI untuk Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Diserah Semasa Pembayaran)
Baca juga: Langkah Memohon Geran Sepadan PTPTN
Kriteria Kelayakan Pendaftaran i-SURI KWSP
Sila rujuk syarat-syarat kelayakan bagi pendaftaran i-Suri KWSP seperti berikut:
-
- Warganegara Malaysia
- Para suri rumah yang telah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Suri rumah yang mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan ataupun RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
- Suri rumah yang belum lagi mencapai umur 60 tahun.
Siapakah Yang Dibenarkan Membuat Caruman?
-
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
- Tambahan syarat: Untuk suri rumah, mereka hanya dibenarkan untuk membuat pilihan satu insentif sahaja pada satu masa dimana sekiranya mereka sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), mereka perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru i-suri.
Faedah-Faedah Dari I-SURI KWSP
-
- Golongan suri rumah akan mendapat insentif daripada kerajaan sejumlah minimum RM40 sebulan. Ini tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
- Suri rumah menerima dividen tahunan KWSP
- Disediakan Bantuan Kematian: RM2500
Insentif daripada kerajaan hanya akan dibayar apabila golongan suri rumah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di bawah:
-
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
- KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin ataupun yang telah bercerai dan berdaftar dalam eKasih.
- Golongan suri rumah yang belum mencapai umur 60 tahun
- Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
Langkah Pembayaran
-
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
Info tambahan penting:
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan daripada kerajaan secara berkala dimana ini akan berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (JUlai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2).