Ibu Syamel Menghadap Ilahi Selepas Sebulan Ditidurkan

PETALING JAYA: Wan Faaizah Karim, 55, iaitu ibu kepada penyanyi Syamel telah menghembuskan nafas yang terakhir tepat pada  pukul 10 malam tadi.

Berita yang sedih itu telah disampaikan oleh Syamel sendiri atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27 melalui laman lnstagramnya.

“Assalamualaikum. Allah lebih menyayangi umi”.

“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10 pm tadi”.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” tulisnya pada kapsyen.

Arwah ibu syamel, telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (lCU) di salah sebuah hospitaI di Kuala Lumpur dan terpaksa ditidurkan tanggal 24 Julai lalu akibat kekurangan oksigen di dalam badan. Dikhabarkan juga yang arwah sudah sebulan dimasukkan ke ICU. Ibunya juga tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital sepanjang hidupnya.

Sebelum ini semasa dimasukkan ke ICU, doktor telah menasihatkan agar ibu syamel ditidurkan atas sebab-sebab kekurangan oksigen jadi arwah terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan. Syamel yang pada masa yang sama adalah suami kepada penyanyi Ernie Zakri sebelum ini telah berkongsi kebimbangannya dan memohon doa daripada semua melaui Instagram Stories miliknya.

Syamel yang popular dengan dendangan lagu Lebih Sempurna itu sebelum ini juga telah memakIumkan bahawa keadaan ibunya tidak ada kena mengena dengan wabak virus Covid-19 yang semakin tular sekarang ini.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi. Kau jadikanlah kuburnya seperti taman syurga. Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk dijadikan taman di alam sana.

“Kau terangiIah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umi ku pergi mninggaIkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hyat,” katanya lagi.

Semoga Syamel dan keluarga tabah dan kuat serta sabar dalam menhadapi dugaan ini serta segala urusan dipermudahkan. Sesungguhnya ajal, maut dan rezeki terletak ditangan tuhan, moga kita redha dan ikhlas atas ketentuan nya.

Sumber : Utusan

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir. KLIK DISINI

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress