Ikan ‘Pelik’ Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai.

Pengunjung pantai ini digemparkan dengan penemuan seekor ikan yang pelik dan belum pernah dilihat telah terdampar di pantai. Seorang lelaki dikenali sebagai Ben Estes amatt terkejut ketika menemui ikan yang unik itu dan segera memberitau penemuan berkenaan keapda penaga taman negara Crystal Cove State Park.

Kemudiannya spesis ikan berkenaan telah dikenalpasti sebagai ikan yang besal daripada laut dalam adalah spesis Angler dan dikenali sebagai ‘Footballfish’. Ikan itu telah terdampar di pantai adalah suatu yang amat jarang terjadi dan luar biasa kerana ikan tersebut tinggal di permukaan laut yang dalam serta kedalamannya sehingga 3,000  kaki .

Ikan ‘Footballfish’

Ikan angler Pasifik mempunyai ciri-ciri yang unik kerana ia memiliki unjuran seperti joran pancing di bahagian atas kepalanya dan berfungsi sebagai umpan yang boleh mengeluarkan cahaya bioluminescent bagi menarik mangsa dalam suasana laut dalam yang gelap.

Penemuan itu juga menimbulkan keresahan dikalangan warganet kerana sangat jarang ikan dari laut dalam boleh berakhir di pantai.

“Its not cool. Honestly its not good that something only found in the deepest depts of the ocean where no light reaches, just so happened to make its way all the way to a sunny beach. I hope someone is studying it to find out why it washed up.”

Ada yang berpendapat ianya bukan petanda yang baik apabila ikan laut dalam ditemui boleh muncul di pantai kerana ianya mungkin bermaksud habitat mereka sudah tidak selamat untuk didiami.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress