iKhas : Ini Maksud Permohonan Diterima

Hari ini, 9 April 2022 merupakan tarikh rasmi untuk melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP. Pautan semakan dibuka secara rasmi tepat jam 11 malam, 8 April 2022.

Ribuan ahli terus melakukan semakan status permohonan, ada yang menerima paparan ‘Permohonan Diterima’, ‘Permohonan Tidak Berjaya’ bahkan terdapat ahli yang menerima paparan ‘Tiada Dalam Rekod’.

Pengeluaran khas RM10,000 tak jejas strategi pelaburan KWSP: CEO - ismaweb

Maksud Permohonan Diterima (Pengeluaran Khas)

Terdapat beberapa perspektif dalam semakan status kali ini,

Pertama:

Paparan ‘Permohonan Diterima’ tersebut membawa maksud bahawa permohonan anda berjaya dan proses pengkreditan amaun yang dipohon akan dilaksanakan pada 20 April 2022.

Kedua:

Paparan ‘Permohonan Diterima’ tersebut tidaklah membawa maksud permohonan anda berjaya, tetapi sekadar status yang melengkapkan bahawasanya data serta amaun pengeluaran yang anda berikan diterima oleh sistem dan akan diproses untuk kelulusan.

Berikut adalah dua perspektif yang dapat disimpulkan daripada paparan semakan status ini. Sepatutnya, KWSP memaklumkan lebih awal kepada ahli agar tidak keliru berkenaan semakan status tersebut kerana perkara ini sangat penting dan ramai ahli menantikan keputusan sejak permohonan dibuka.

Kesimpulannya, diharap ahli dapat menantikan penjelasan lengkap oleh pihak KWSP berkenaan keputusan semakan status Pengeluaran Khas kali ini.

Berita baik kepada semua ahli, semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat bermula malam ini 8 April 2022 jam 10 malam. Melalui laman facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan dikongsikan kepada semua ahli yang memohon.

KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.

Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Semakan? Apakah Yang Perlu Dibuat?\

Sekiranya LULUS permohonan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan? Pada artikel kali ini OnViral akan kongsikan kepada anda informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

    1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
    2. Klik ‘Teruskan’
    3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
    4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
    5. Isi No Telefon Bimbit
    6. Sahkan Captcha
    7. Klik ‘Semak Status’
    8. Keputusan Permohonan Dipaparkan
    9. Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
    10. Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
    11. Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
    12. Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
    13. Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: https://t.me/portalinfomalaysia
    14. Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
    15. Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan.

Baca Juga: KWSP Pengeluaran Khas | Cara Mengetahui Samada Status Permohonan “LULUS” Atau Sebaliknya

KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress