Adakah anda sudah lengkap dua kali vaksin? Jika ya, anda semestinya sudahpun memperolehi sijil vaksinasi digital anda dalam aplikasi MySejahtera. Sijil Vaksinasi akan dikemaskini dalam masa beberapa jam selepas anda melengkapkan vaksinasi kedua anda.
Namun ada juga orang yang belum lagi menerima sijil vaksinasi digital di dalam MySejahtera walaupun sudah lengkap divaksin. Ini kerana sijil tersebut mungkin masih belum lagi dikemaskini dan hanya menggunakan kad vaksin sebagai bukti yang boleh digunakan untuk sementara waktu.
Sebab-Sebab Sijil Digital Vaksinasi Tidak Dikemaskini
Terdapat beberapa sebab berlakunya perkara ini :
-
- Nombor siri vaksin tidak dikemaskini di lokasi terakhir menerima suntikan.
- Maklumat penerima di dalam aplikasi MySejahtera berbeza dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Penerima Vaksin yang mendapat suntikan di luar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) contohnya program yang dikelolakan kerajaan negeri, pihak swasta, pejabat kedutaan dan penerima vaksin di luar negara dimana data-data yang disimpan tidak dimasukkan melalui sistem sedia ada.
Baca juga: Rayuan BPR Dah Boleh Disemak! Bantuan RM100 – RM400
Sila ikuti cara-cara seperti di bawah sekiranya Sijil anda masih belum dikemaskini:
1. Sila masuk ke aplikasi MySejahtera anda dan tekan butang Helpdesk.
2. Sila tekan pada permasalah yang dihadapi iaitu “M” Saya telah divaksin tetapi sijil digital tiada di halaman profil.
3. Sila kemaskini maklumat yang diperlukan.
4. Sila masukkan maklumat vaksinasi anda. Pastikan jenis vaksin, tarikh vaksinasi dan tempat vaksinasi yang anda masukkan adalah betul.
5. Sesudah selesai, anda perlu memuat naik gambar kad vaksinasi anda. Jika anda sudah membuang atau tiada maklumat tentang kad tersebut, sila tekan butang “hantar”.
Pastikan anda semak aplikasi MySejahtera pada bahagian profil setelah anda lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin. Ini adalah kerana Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 sepatutnya akan terpapar serta merta. Sekiranya tiada, sila hadir ke kaunter PPV secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan.
Baca juga: Cekal, Muda-Muda Dah Pakai Mask0t Sar4 Hidup Keluarga