Pengeluaran KWSP Setelah Persaraan Mungkin Dinaikkan ke had umur 70 tahun. Pendapat anda?

Ada dikalangan rakyat Malaysia menyatakan kerisauan dan kebimbangan apabila terdengar ura-ura bahawa wang pengeluaran KWSP persaraan akan dinaikkan kepada had umur 65 sehingga 70 tahun.

Persoalan, masih mampukah kita bekerja sehingga usia sedemikian?

Ada pendapat yang menyatakan yang perkara ini boleh menjejaskan peluang pekerjaan kepada golongan muda terutamanya golongan graduan yang baru habis belajar (fresh grads) berikutan jumlah pekerja senior di alam pekerjaan yang sangat ramai masih lagi belum tamat perkhidmatan.

“Bila had umur persaraan dinaikkan bermakna peluang pekerjaan baru terhad, maka kadar pengangguran dalam kalangan graduan akan meningkat,” pendapat seorang daripada rakyat yang mungkin juga sependapat dengan ramai yang lain.

Ini kerana tambah-tambah lagi, KWSP kini berpotensi untuk menaikkan kadar caruman dan akan menekan para majikan untuk menambah pekerja dimasa akan datang.

“Kalau ikutkan bila negara makin maju,sistem kesihatan meningkat,had persaraan pun meningkat contohnya seperti Norway”

“Tapi kita Malaysia ni kalau perasan dulu bersara 55, lepas tu ada yang kata kos sara hidup meningkat blabla.. duit bersara tak cukup, lepas tu terus naik 58 then 60 so standby je la,” katanya seorang pemerhati.

Kenaikkan Gaji Asas Perlu Dilaksanakan

Seorang pemerhati lain berpendapat, gaji asas sepatutnya dinaikkan bagi meningkatkan jumlah simpanan pencarum di hari tua tambahan pula kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Gaji keseluruhan perlu ditingkatkan leads to increased in tax revenue dan higher pension nak tampung living cost. Now with the rising of BNPL, shortage raw materials ada kerungsingan juga harga barang akan terus meningkat lagi,” jelas @itstheKaza.

“Menaikkan gaji minima juga salah satunya akan meningkatkan kadar pengangguran kerana kurangnya company yang mampu mengambil lebih ramai pekerja”.

“Kesan baik buruk akan sentiasa ada untuk sesuatu keputusan. Tapi kalau damage tak terlalu teruk mungkin boleh dilaksanakan,”katanya.

Kemahuan Untuk Bersara pada usia 55

Mungkin kita sudah pasti ramai yang tidak mahu terus bekerja selepas usia mencecah 55 atau 60 tahun berikutan kebanyakannya berisiko mengalami masalah kesihatan dan mungkin sudah sampai masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan berehat.

Apa pendapat anda?

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress