Berita baik buat semua, bantuan BKM untuk kategori bujang sudah dibuka. Bantuan Tunai sehingga RM600 akan dibayar. Namun anda perlu memohon dan semak kelayakkan anda.
BKM Bujang 2022
Bantuan ini diperkenalkan oleh Tengku Zafrul Aziz dimana dia mengumumkan bukan pada perbentangan bajet 2022 akan tetapi pada akaun media sosialnya akibat tertinggal bahagian berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan tempoh perbentangan. Buat pengetahuan semua, fokus bantuan ini adalah untuk golongan bujang yang berpendapatan di bawah RM2,500 ke bawah dan untuk warga emas bujang yang pendapatan bawah RM5,000.
Berapakah Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia Bujang?
Berikut adalah jumlah bantuan MyBKM bujang :
* Sebagai kesimpulan dalam jadual diatas, individu bujang yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah akan menerima RM350 dan dalam masa yang sama individu bujang yang merupakan warga emas yang berpendapatan RM5000 ke bawah pula akan terima RM600.
Cara Mohon BKM Bujang
Untuk permohonan baharu & kemaskini BKM 2022, berikut adalah cara permohonan yang mudah :
1. Sila lawat ke pautan berikut :https://bkm.hasil.gov.my/
2. Klik pada Permohonan Baharu untuk daftar atau tekan Log Masuk BKM jika ingin kemaskini permohonan.
3. Kemudian, klik pada Kemaskini Permohonan.
4. Masukkan Nombor IC Kad Pengenalan anda & tekan butang Semak.
5. Isi setiap maklumat yang bertanda * (mandatori) & klik butang Teruskan.
6. Seterusnya, isi Kod Captcha & tekan Sahkan Captcha.
7. Sila tandakan Tick pada butang Perakuan Pemohon.
8. Akhir sekali, tekan butang Hantar untuk teruskan permohonan.
Bilakah Tarikh Pembayaran?
Pembayaran MyBKM 2022 akan dibayar sebanyak 4 kali setahun khas bagi mereka yang tergolongan dalam golongan penerima isi rumah.
Bagi yang bujang, barangkali akan dibayar sebanyak 2 kali atau lebih sama seperti pembayaran BPR & BKC sebelum ini.
Tarikh rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa.
FAQ & Soalan Lazim
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk FAQ BKM di sini.
Berapakah nilai bantuan BKM Bujang 2022?
Bujang bawah pendapatan RM2,500 ke bawah akan dapat RM350. Manakala warga emas yang bujang/ tiada pasangan akan dapat RM600.
Bila tarikh bayaran?
Tarikh rasmi pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah cara memohon Bantuan Keluarga Malaysia Bujang?
Untuk buat pendaftaran atau kemaskini maklumat, sila ikuti langkah-langkah permohonan di dalam