Ingatkan Anak Patung laaahaii…. Hari terakhir bekerja Abg Foodpanda Bawa Si Dia yang Comel ikut hantar barang.

Jarang-jrang kita mendengar ada orang yang memelihara beruang panda sebagai binatang peliharaan dirumah. selalunya kita hanya melihat beruangpandai dipelihara di Zoo. Dan binatang peliharaan yang selalunya orang ramai suka letak dirumah adalah seperti kucing, anjing, arnab, ikan, hamster dan lain-lain. Lain pula kisahnya Abang Foodpanda yang seorang ini. memang menarik kisahnya… sedih pun ada.

Andaikan panda itu boleh dipelihara di rumah, pasti ramai yang akan mula menjadikan panda sebagai haiwan kesayangan mereka! Masakan tidak, kecomelan dan kegebuan panda ini memang sangat menggodakan dan membuatkan kita rasa nak picit-picit sahaja pipi panda itu sekiranya diberi peluang.

Begitulah juga dengan abang Foodpanda ini yang telah menghabiskan hari terakhirnya bekerja sebagai penghantar makanan dengan membawa ‘seekor panda’. Uzair, 22 tahun telah berkongsi di Twitter beberapa gambar dia bersama panda tersebut pada hari terakhirnya sebagai penghantar makanan bagi syarikat Foodpanda.

Namun hakikatnya, panda tersebut bukanlah haiwan sebenar tetapi hasil gambar yang disunting oleh dirinya sendiri. Kemahiran yang sangat menakjubkan sehingga berjaya memperdayakan ribuan warganet!

Perkongsian yang dimuat naik pada 9 Februari lalu sehingga kini telah meraih 17.1K ulang ciapan dengan 46.5K tanda suka. Dalam ciapan tersebut, Uzair telah memuat naik gambarnya dengan kapsyen, ”Hari terakhir, bawa sekali budak malas ini pergi hantar makanan sebelum gantung beg”.

”Saya adalah seorang jurugambar yang mempunyai minat dalam manipulasi foto. Inilah sebabnya mengapa saya memuat naik gambar bersama panda tersebut. Saya cuma ingin menghasilkan kenangan yang menarik bersama Foodpanda memandangkan saya berhenti kerja untuk meneruskan pembelajaran,” jelas Uzair lagi.

”Terima kasih semua! Tak sangka boleh menular. Terharu sangat! Ini gambar terakhir daripada saya dan rakan khayalan saya”.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress