Sudah tentu gelagat kucing antara yang sentiasa menjadi perhatian ramai malah dengan adanya pelbagai platform membuatkan pengguna dapat berkongsikan gelagat si bulus comel itu, ramai yang dapat mengembirakan diri.
Malah gelagat seekor kucing in juga tak kurangnya mengundang gelak besar warganet apabila melihatnya. Manakan tidak, seorang pengguna telah berkongsikan kucing peliharaannya mengheret sejadah ke dalam billik pemiliknya.
Difahamkan pada waktu itu, tuannya sedang mempersiapkan diri untuk sembahyang dan tidak menyangka kucing berkenaan tiba-tiba muncul seolah-olah mahu solat bersama.
Apa yang lebih melucukan lagi apabila kucing tersebut dengan selamba duduk di depan tuannya seperti mahu menjadi imam.
Namun, orang yang merakam video itu dengan tegas menyuruh haiwan berkenaan untuk berada di belakang supaya tidak mengganggu solat tuannya.
Video :
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen berdekah melihat situasi tersebut dan turut memuji kepintaran kucing itu.