Ini Mesti MahaI, Cantik Permaisuri Selangor Pakai Tudung Fazura. Ramai terkejut bila check h4rganya.

Aktres popular Fazura sekali lagi menzahirkan rasa terh4ru selepas Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mengenakan tudung daripada jenamanya iaitu Tudung Fazura yang sebelum ini menerima seutas rantai dari permaisuri.

Fazura menerusi hantaran Instagram telah memuat naik  foto yang memaparkan Permaisuri Selangor berkenan memakai sehelai tudung berwarna biru muda dan bercorak bunga ketika berangkat hadir ke sebuah majlis penyampaian sumbangan semalam.

Menurut pelakon Filem Gol & Gincu itu, dia kagum apabila melihat seorang wanita berpangkat Permaisuri mengenakan sehelai tudung yang berharga RM27.

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Saya sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengenakan Tudung Fazura.

“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang daripada RM30,” kata aktres berusia 38 tahun itu.

Isteri kepada aktor Fattah Amin itu juga berharap sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dapat dijadikan teladan yang baik untuk semua rakyat jelata.

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.

“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahm4ti Tengku Permaisuri Selangor,” ujar pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin itu.

Mungkin ramai yang sudah maklum, hubungan baik antara Tengku Permaisuri dengan Fazura bukan lagi perkara asing dalam kalangan netizen selepas dia beberapa kali menerima hadiah istimewa daripada isteri kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu.

Sebelum ini, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiahkan seutas rantai berlian buat puteri kesayangan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran yang pertama. Fazura juga pernah menerima kepingan syiiling emas dan beberapa naskhah buku agama daripada Tengku Permaisuri Selangor.

“SUKA SANGAT DENGAN CAPTION FAZURA”

“BEAUTIFULLY ARRANGED & COMPOSED CAPTION”

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress