Ini pengorbanan nenek dan cucunya yang sanggup cari barangan terpakai untuk sesuap nasi

Viral baru-baru ini kisah seorang nenek menolak cucunya menggunakan troli di sekitar jalan atau lebuh raya DUKE.

Kisah mereka telah meraih perhatian netizen apabila seorang wanita dikenali sebagai Kyrina Kassim, mengongsikan apabila beliau terserempak dengan mereka ketika dalam perjalanan menaiki kereta.

Semasa beliau mendekati dan bertanya kepada mereka, nenek itu mengatakan dia terpaksa keluar untuk mencari rezeki dengan mengutip dan mencari barangan kitar semula. seperti tin, kotak dan botol kosong.

Menurut perkongsian Kyrina Kassim juga, nenek ini tinggal di sebuah PPR yang agak jauh dari lokasi mereka jumpa.

Sangat bersimpati dengan nenek dan cucunya, wanita ini sempat menghulurkan sejumlah wang kepada nenek tersebut.

Kemudian tindakan yang diambil oleh nenek itu sungguh terkesan apabila menerima sumbangan tersebut, nenek itu terus menadah tangan atas atnda bersyukur dengan pemberian oleh wanita itu.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress