Ini Rupanya Kamitetep Sejenis Ulat Beracun

Apa Itu Kamitetep?

kamitetep

Selalu nampak dekat dinding tapi tak tahu apa dia? Ini lah Kamitetep (Phereoeca Uterella) sejenis ulat dinding atau serangga yang menyengat. Kamitetep ini berbentuk seperti serpihan kulit pokok dan sebenarnya ia boleh mengakibatkan kegatalan, lebam dan sakit dalam tempoh masa yang lama. Kamitetep berkembangbiak dengan cara bertelur. Jika dilihat ia berbentuk seakan biji timun dan mempunyai cengkerang berwarna coklat. Ada juga kelihatan seperti serpihan kulit pokok.

Ketahui Cara Untuk Hapuskannya

Cara Mengatasi Masalah Serangga Kamitetep

Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk anda mencegah dan membasmi serangga ini daripada terus membiak di dalam rumah anda.

  1. Pastikan ruang simpan baju atau almari pakaian anda tidak lembab
  2. Jaga kebersihan kawasan rumah terutamanya habuk yang banyak dan barang-barang yang tidak digunakan lagi
  3. Pastikan pakaian yang dibasuh betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam almari
  4. Jika anda menyedari kehadiran kamitetep, wajib untuk anda melakukan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh ruang dan hapuskan segera serangga tersebut.
  5. Bersihkan sarang labah-labah atau dipanggil juga sebagai sawang yang terdapat di dalam rumah. Sawang juga dikatakan amat disukai binatang unik dan kecil ini.

Cara merawat kesan gigitanĀ 

Ketika menggigit, kamitetep ini akan meninggalkan bulu di tempat yang disengat. Bulu tersebut akan menyebabkan lebam dan bengkak berserta rasa sakit dan gatal yang teruk. Bengkak dan lebam yang disebabkan oleh sengatan serangga biasanya akan bertahan selama beberapa hari malah lebih dari satu minggu. Ia kemudian akan menjadi warna hitam jika dibiarkan.

  • Letakkan balsem atau ubat gatal. Namun, rasa gatal akan terasa kembali setelah kesan balsem hilang.
  • Selain itu, letakkan pita atau pelekat pada benjolan daripada bekas gigitan. Setelah pita diletakkan di bahagian benjolan, tarik secepat mungkin sehingga bulu penyengat haiwan dikeluarkan oleh pita tersebut. Cara ini dikatakan cukup berkesan untuk merawat gatal setelah digigit serangga beracun ini.
  • Cara lain juga boleh gunakan kapas yang telah direndam ke dalam minyak tanah atau juga menggunakan kapur barus yang dicampurkan dengan air dan kemudian digunakan pada bekas gigitan

 

13 Jenis Dadah Dan Kesan Sampingan

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress