Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40

Institut Kemahiran Baitulmal

Kepada anda yang berminat dengan bidang kemahiran, Institut Kemahiran Baitulmal / Baitulmal Skliis Institute MAIWP kini telah membuka iklan kemasukan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran yang diiktiraf.

Sebanyak 5 kursus ditawarkan. Para pelajar yang terpilih akan menerima elaun dan semua kos pembelajaran ditanggung dengan dana zakat, di mana keutamaan adalah kepada anak-anak keluarga asnaf dan B40.

Kami dari onviral.com.my akan kongsikan kepada maklumat lanjut mengenai Baitul Mal Skills Institute -MAIWP

Apa Itu Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)?

IKB merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Program-program di IKB dilaksanakan melalui sistem pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Baca Juga:

Komponen Pengajian

1) Subjek Kursus (Teras)

  • Kurikulum Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) JPK, Modul CIDB dan ST.

2) Subjek Pengajian Umum

  • Keusahawanan
  • Aplikasi Komputer
  • Pengajian Agama Islam

3) Ko-Kurikulum (Briged Bomba & Penyelamat IKB)

4) Latihan Kerja Industri (LKI)

Kaedah Pembelajaran & Pengajaran

TEORI 30%

Tutorial

  • Kelas perbincangan yang dibuat bagi mempraktikkan pengajaran sebelumnya.

e-Pembelajaran

  • Proses pembelajaran menggunakan sistem teknologi bagi meningkatkan kebolehcapain dan keberkesanan pembelajaran.

Activity Based Learning

  • Proses pembelajaran melalui aktiviti penyelesaian masalah untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran.

AMALI 70%

Work Based Learning

  • Pembelajaran melalui situasi kerja sebenar seperti latihan kerja industri.

e-Pembelajaran

  • Penilaian yang dibuat berdasarkan aktiviti mengikut kompetensi yang ditetapkan.

Activty Based Learning

  • Penilaian berdasarkan tugasan dan hasil kerja individu atau berkumpulan.

Kursus Yang Ditawarkan & Syarat-Syarat Pengambilan

Terdapat 5 kursus yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2021 dan syaratnya adalah seperti berikut:

Program Ditawarkan

  1. Kejuruteraan Elektrik
  2. Perkhidmatan & Penyajian Makanan
  3. Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Lelaki
  4. Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Wanita
  5. Teknologi Binaan Bangunan

Syarat Pengambilan

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada Lelaki & Wanita
  • Minimum tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali kursus Kejuruteraan Elektrik
  • Berumur 18-35 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh menulis,membaca dan mengira
  • Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan
  • Tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bagi kursus yang ditawarkan
  • Lulus ujian temuduga

Syarat Khas (Kursus Kejuruteraan Elektrik)

  • Tidak buat warna
  • LULUS subjek SPM: (Bahasa Melayu/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Kimia/ Fizik/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik& Elektronik/ Pendawaian Domestik/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Prinsip Elektrik & Elektronik/ Aplikasi Elektrik & Elektronik/ Teknologi Elektrik/ Pemasangan Kawalan Elektrik/ Lukisan Geometri & Elektrik.atau;3.  Bagi calon Sijil Vokasional Malaysia dengan :Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih 3.33;Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104; dan PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional

Keistimewaan Untuk Pelatih Di Institut Kemahiran Baitulmal

  • Yuran pengajian percuma
  • Penginapan dan makan minum disediakan
  • Elaun bulanan RM100
  • Pakaian korporat dan teknikal disediakan

Cara Permohonan

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan dalam golongan B40 serta di bawah pengiraan Had Kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengikuti latihan kemahiran program Sijil Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Sijil Kecekapan Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa 3 dengan Endorsan Pengujian, Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Baitulmal bagi ambilan Julai 2021.

  1. Permohonan dibuat secara atas talian (online) : https://apps.maiwp.gov.my/sppikb/mohon
  2. Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh permohonan dibuka adalah dari 7 April 2021.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mei 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau info tentang permohonan / pengambilan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), sila layari www.maiwp.gov.my atau www.ikb-maiwp.edu.my

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress