Leretan satu isu yang sedang berlaku antara pelakon Mona Allen dan juga Iqram Dinzly di set penggambaran drama Hati Yang Dikhianati , perselisihan faham terus berlaku dan nampaknya semakin tegang.Sebelum ini, Mona Allen telah meluahkan rasa hatinya tentang apa yang Iqram Dinzly lakukan, iaitu lakonan yang dikatakan agak keterlaluan sehingga dirinya merasa sakit, walaupun telah ditegur.
Dan kemudian terdapat beberapa pelakon lain yang turut menyuarakan perkara tersebut antaranya ialah Mia Nasir dan juga Qistina Khaled. Mereka dilihat menyebelahi Mona Allen secara terang-terangan.
Tak tahan dengan isu yang sedang melanda, Iqram Dizly telah muatnaik satu video menunjukkan dirinya sedang berasa tertekan sehingga mengalirkan airmata.
Iqram menyatakan tak dapat nak tahan lagi walau dia telah cuba membuat kebaikan tapi dugaan tetap datang dalam hidupnya.
“Tertekan, setiap hari nak buat kebaikkan, pasti ada ujian atau dugaan yang aku rasa terlalu beban untuk aku lalui.”
Inilah luahan hati dari Iqram Dinzly.
“Papa saya amat memerlukan kamu. Ya tuhanku, mengapa selalu biarkan aku dalam keadaan tergantung sepi. Rasa macam nak tergantung.”
“Untuk aku tenangkan diri, Allah ilhamkan pada ku pesanan dari mama. Kalau berduka belilah sesuatu dan kemudian berilah kepada sesiapa yang tergerakkan di hati, walaupun hanay sesikat pisang saja.”
‘Mama walaupun dulu nampak orang macam tak ksiah dengan leteran mama, tetapi sebenarnya itu bekalan yang diperlukan untuk saya lalui hidp berliku ini.”
Iqram juga meminta pelakon Mia Nasir dan Qistina untuk tidak memasuki urusan dan jangan melaga-lagakan keadaan dan situasi.
“Kau budak hingus,kau diam.”ujar Iqram
Untuk info, kedua-dua pelakon ini sedang menjalankan penggambaran drama Hati Yang Dikhianati arahan oleh Bade Azmi.Drama yang mempunyai 146 episod itu kini telah bersiaran hampir 100 episod dan merupakan adaptasi telenovela popular Venezuela, Mis Tres Hermanas.-onviral