Ishhh Ko Nie!!! Sampai Nangis Adik Dibuatnya. Si Bulus Tiru Aksi Bruce Lee Raih Perhatian Ramai…

Memang tidak dinafikan kucing ada kalanya merupakan haiwan yang agak nakal. Tingkahlaku nakal mereka inilah yang membuatkan kita sebagai pemilik kucing pening kepala lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan bayi di rumah.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memberikan denda kepada haiwan dengan cara yang kasar namun ajarlah binatang kesayangan anda dengan cara yang bijaksana.

Bru-baru ini telah tular sebuah video di aplikasi TikTok yang dikenali sebagai @kasisanurhafizah dimana terdapat seekor kucing berwarna hitam. Kucing itu kelihatan sedang bersantai di sekitar ruang ramu rumah terbabit bersama seorang bayi lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Namun begitu, lain pula jadinya apabila bayi lelaki yang berhampiran dengan kucing itu disepak oleh kucing itu secara tiba-tiba. Lebih melucukan apabila kucing tersebut melakukan tendangan hanya menggunakan sebelah kaki sahaja.

Video :

@kaisanurhafizah29 Balas @cicititii #fyp #kucingtiktok #kucinglucu ♬ suara asli – Kaisa NurHafizah – Racun Tiktok (Tiktokshop)

Kebanyakkan warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat haiwan-haiwan terbabit di samping terdapat segelintir warganet yang turut mengaitkan situasi itu dengan keadaan mereka.

Posting yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 90 ribu tontonan umum menerusi laman akaun TikTok berkenaan.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress