Ramai yang bertanya berkaitan status tuntutan rakyat pengeluaran wang kwsp RM10,000 serta ramai juga yang ingin mengetahui perkembangan terkini tuntutan tersebut. Berita mengenai status tuntutan ini seakan digembar gemburkan tetapi tiada kenyataan sahih memgenainya setakat ini.
Perkembangan Terkini Isu Pengeluaran RM10,000 KWSP
Benarkah icitra RM10,000 diluluskan tetapi bersyarat? Adakah ini maklumat daripada insider atau hanya maklumat palsu?
Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui berita-berita semasa disamping bantuan-bantuan lain yang diwujudkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat.
Baru-baru ini di Facebook DS Najib Razak, sekali lagi ada mengingatkan Tengku Zafrul tentang tuntutan rakyat tentang i-Citra RM10k ini. Namun setakat ini masih tiada apa-apa jawapan berkenaan isu kwsp ini daripada Tengku Zafrul.
Jawapan untuk ini adalah tidak benar kerana tuntutan rakyat untuk pengeluaran wang KWSP RM10,000 sehingga kini masih belum diluluskan apatah lagi mendengar berita terkini mengenainya.
Di ruang komen facebook, KWSP juga telah menjawab pertanyaan mereka yang bertanya. KWSP telah menyatakan yang setakat ini tiada maklumat mengenai pengeluaran RM10k yang baharu. Jadi sebarang info terkini boleh disemak di laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my dari semasa ke semasa.
Isu pengeluaran kali terakhir wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM10,000 akan dibincangkan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk diperhalusi.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri kepada beliau dalam perbincangan mereka selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, malam tadi.
Katanya, dalam perbincangan itu, beliau memberi penjelasan kepada Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO bahawa ramai berada dalam keadaan susah dan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji serta hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.
Dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, katanya, rata-rata sangat memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Maka dengan itu sehingga kini masih belum ada lagi maklumat sahih mengenai pengeluaran i-Citra RM10,000 ini.