Isteri Bekas Perdana Menteri Malaysia Anggun Berhijab, Pertama Kali Dalam Sejarah

Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah telah bergelar Perdana Menteri ke-8 selepas negara melalui kemelut politik yang agak membingungkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Majlis angkat sumpah PM ke-8 sudahpun selesai pagi tadi.

Walaubagaimanapun, apa yang mencuri perhatian semasa majlis berlangsung adalah seorang insan yang setia berada disisi perjuangan beliau iaitu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Perawatakan anggun berhijab

Isteri PM kali ini dilihat manis serta anggun berhijab. Bukannya mahu membandingkan penampilan dengan pasangan pemimpin-pemimpin terdahulu tetapi ini adalah secara kebetulan dimana beliau menjadi isteri perdana menteri pertama di Malaysia yang mengenakan tudung atau berhijab.7

 

Miliki ciri berbeza

Tan Sri Muhyiddin dan pasangannya Puan Sri Noorainee telah melangsungkan  perkahwinan pada 22 September 1972 serta mempunyai 4 orang cahaya mata.

Penampilan Puan Sri Noorainee yang agak berbeza daripada isteri-isteri perdana menteri yang lalu dan ini  telah menunjukkan satu kelainan serta identiti tersendiri.

Penampilan jadi tarikan  bersama Raja Permaisuri Agong

Penampilan Puan Sri Noorainee berjaya menarik perhatian saat bergambar bahu bertemu bahu dengan KDYMM Raja Permaisuri Agong yang juga mengenakan hijab pada majlis mengangkat sumpah di Istana Negara pagi tadi

Beliau terlihat begitu anggun dan amat sesuai dengan imej negara Islam, Malaysia.

 

Harapan semua rakyat Malaysia agar dengan adanya kepimpinan baharu ini perkembangan negara dapat diselaraskan  kembali  sejajar dengan keutamaan dunia serta agama.

Sumber : Twitter

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress